Lawati laman web bahasa Inggeris
Kenyataan Akhbar
Laporan
Rakyat Malaysia Menentang Kawalan Moral
Memorandum
Sidang Akhbar
Surat Kepada Pengarang

Keterangan-keterangan berkaitan penggubalan Undang-undang Keluarga Islam 2005 terdapat di sini!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advokasi > Kempen Menentang Pengharaman Buku
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Sisters in Islam (SIS) telah mengambil bahagian di dalam Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) yang pertama sekali dianjurkan di Kuala Lumpur pada 3hb & 4hb Mei 2008 di The Annexe, Central Market. KLAB ialah satu ruang untuk penerbit bebas dan kecil (seperti SIS) untuk menjual, melancarkan dan membincangkan perihal buku. Selain membuka booth, kami juga mengadakan perbincangan tentang pengharaman buku.

Butir acara adalah seperti berikut:

Wacana tentang Pengharaman Buku: Pembaca Mahu Jawapan
Tarikh: 3 Mei 2008
Masa : 4.00ptg -- 6.00ptg
Tempat : The Annexe, Central Market

Penyampai:
*V. Gayathry (Centre for Independent Journalism)
*Astora Jabat (bekas ketua pengarang Al-Islam dan bekas kolumnis soal jawab agama di Utusan Malaysia)
*Norhayati Kaprawi (Sisters In Islam)
*Representative from Home Ministry (tidak hadir)

Setiap penyampai diberi 15 minit untuk berucap dan kami harap agar penyampaian mereka dapat menghangatkan perdebatan yang sihat di kalangan peserta. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Sertai kami dalam perbincangan ini sambil kami meneliti sejarah pengharaman buku di dalam masyarakat Muslim dan dengan menimbang keadaan politik, sosial dan teologi semasa di sebalik jenis penapisan ini, terutamanya di Malaysia. Kami berharap untuk membawa bersama penerbit, penulis buku (termasuk yang sudah diharamkan), blogger, wartawan, dan paling utama, pembaca dan pencinta buku.

Tempat adalah terhad jadi silalah mendaftar dengan menghubungi Mala 03-7785 6121. Jumpa di sana!

Sisters in Islam

POSKAD
BAJU T
POSTER

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia