Laporan bagi Regional Workshop and Justice for Muslim Women, 8-10 Jun 2001
(Laporan dalam bahasa Inggeris)
Sisters in Islam telah menganjurkan bengkel 'Regional Workshop on Islamic Family Law and Justice for Muslim Women' dari 8 hingga 10 Jun 2001 di Ming Court Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini menumpukan perbahasan kepada diskriminasi terhadap wanita di dalam pindaan dan pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam. Fokus juga diberi kepada amalan-amalan terbaik dan strategi untuk perubahan yang lebih baik. Pengalaman-pengalaman dari empat negara Asean iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina diceritakan. Tutut disebut adalah pengalaman-pengalaman dari Mesir, Jordan, Iran, Maghribi dan Pakistan. Lima puluh aktivis, peguam Syariah dan penggubal undang-undang dari pelbagai negara menyertai bengkel ini yang turut melibatkan 30 pemerhati.