|
Keterangan-keterangan berkaitan penggubalan Undang-undang Keluarga Islam 2005 terdapat di sini!

|
Kami hanya memaparkan memorandum yang ditulis dalam bahasa Malaysia sahaja. Untuk lebih banyak memorandum sila semak laman web bahasa Inggeris kami. |
|
|
|
Pembaharuan Proses Perceraian dan Tuntutan Sampingan Dalam Prosiding Mahkamah Syariah, 2000
Memorandum ini adalah hasil daripada projek yang bertujuan untuk mengkaji prosiding dan pengalaman wanita Islam dalam proses peceraian serta tuntutan sampingan iaitu tuntutan nafkah isteri, mut’ah dan harta sepencaraian, serta juga hak jagaan, lawatan dan nafkah anak. Matlamat utama Sisters in Islam (SIS) ialah untuk memperkembangkan kefahaman Islam yang mengiktiraf kesaksamaan di antara kaum wanita dan lelaki berasaskan prinsip-prinsip keadilan yang termaktub dalam ajaran Islam... |
Fatwa Mengenai Kedudukan Penama EPF & PERKESO dan Kedudukan Penama Polisi Insuran Sebagai Harta Pusaka, 12 Oktober 2000
Merujuk kepada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 September 2000, di mana wang-wang KWSP dan PERKESO si mati mesti dibahagikan kepada kesemua waris mengikut hukum faraidh. Sisters in Islam (SIS) memohon agar Datuk dan Majlis Fatwa Kebangsaan dapat mengkaji semula mengenai kedudukan penama yang telah dinamakan oleh si mati agar harta si mati dalam KWSP, PERKESO dan polisi insuran boleh diwariskan kepada waris yang terdekat iaitu isteri atau suami dan anak-anak. ... |
|
|