|
Keterangan-keterangan berkaitan penggubalan Undang-undang Keluarga Islam 2005 terdapat di sini!

|
Sidang Akhbar: JAG Meminta Undang-undang Keluarga Islam Yang Baru dan Pengadilan Umum, 23 Disember 2005 (Artikel dalam bahasa Inggeris)
The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) meminta model baru Undang-undang Keluarga Islam yang berasaskan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan untuk berdepan dengan realiti masa kini dan keadaan-keadaan yang memberi kesan ke atas lelaki, wanita dan institusi keluarga di Malaysia.
Percubaan untuk menampalcantum pindaan undang-undang keluarga Islam sejak tahun 1990an semakin mendiskriminasi kaum wanita Muslim, dan pada masa yang sama kerajaan sedang meminda undang-undang sivil untuk memberi hak yang saksama diantara lelaki dan wanita yang bukan beragama Islam. Semenjak tahun 1980an, kaum wanita yang bukan beragama Islam telah menikmati hak yang saksama dalam perkahwinan dan perceraian, penjagaan anak dan harta warisan; melalui beberapa siri pembaharuan undang-undang.
|
|
Penangguhan Kes-kes Perceraian di Mahkamah, 24 Ogos 2001 (Artikel dalam bahasa Inggeris)
Pindaan terbaru ke atas Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang diskriminasi berdasarkan gender menggambarkan cabaran kepada Mahkamah Shariah dan juga pihak berkuasa agama untuk mengambil langkah memansuhkan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita Muslim dari segi undang-undang dan praktiknya atas nama Islam. |
Kenyataan Media berkenaan kes Sumbang Mahram (Artikel dalam bahasa Inggeris)
Sisters In Islam amat prihatin keatas pertuduhan sumbang mahram yang dikenakan keatas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun oleh Mahkamah Syariah Kelantan. Terdapat satu andaian disini yang remaja di bawah umur tersebut rela melakukan kesalahan sumbang mahram ini.
Budak perempuan ini pada mulanya tidak mengaku salah dan mempertahankan dirinya. Akan tetapi pada keesokannya, selepas berbincang dengan ibunya melalui telefon, akhirnya dia mengaku bersalah. Mahkamah telah memerintahkan budak perempuan ini berkelakuan baik dengan jaminan ibunya. Oleh kerana ibunya tidak mampu untuk membayar denda berjumlah RM1,000.00, budak perempuan ini telah didenda dengan dimasukkan ke rumah pemulihan untuk satu tahun.
|
|
|