Ruang bagi Kepelbagaian Pendapat dan Ikhtilaf

Dr. Mohammad Hashim Kamali

Dengan sikap toleransi terhadap perbezaan pendapat di antara ulama dalam isu perundangan, undang-undang Islam telah digambarkan sebagai persepakatan dalam kepelbagaian, kepelbagaian dalam butir-butir dan bersepakat dalam prinsip. Ikhtilaf (perbedaan pendapat perundangan) dalam undang-undang Islam tercermin dengan adanya lima sekolah perundangan yang telah wujud hingga ke hari ini. Perundangan Islam mempunyai tradisi yang kaya dengan kepelbagaian dan perbezaan pendapat, dengan pada masa yang sama ia juga terbuka kepada pengaruh tradisi perundangan lain.

Ikhtilaf walaubagaimanapun perlu dilihat bersama dengan prinsip tawhid Islam, kepercayaan ke atas ‘satu’ Tuhan. Tawhid adalah artikel pertama dalam kepercayaan Muslim. Ia adalah tema Quran yang utama yang menegaskan satu Tuhan, satu Islam, satu kitab dan satu ummah.

Adanya beberapa sekolah dan madhahib tidak merubah kenyataan bahawa hanya ada satu Shari’ah. Madhahib yang muncul dalam abad-abad yang lalu adalah sekolah-sekolah Fiqh yang mentafsir Shari’ah menurut realiti masanya. Tiada sesiapapun yang telah mendakwa Shari’ah sebagai hak sendiri, malah semua berkongsi Shari’ah yang sama.

Fiqh secara khususnya mengambil berat mengenai kepraktikan peraturan peradaban dan perundangan. Shari’ah pula secara luasnya juga termasuk perkara yang sama dan adalah intipati kepercayaan. Dalam ruangan Fiqh inilah ikhtilaf beroperasi sebagai dogma Islam dan ajaran moral adalah tidak terbuka kepada ikhtilaf. Malah, perbezaan pendapat yang kecil ke atas asas kepercayaan, contohnya lima rukun Islam, adalah tidak ditoleransi. Sesungguhnya, falsafah tawhid Islam adalah amat kuat, walaupun kebanyakan orang hanya memberi perhatian kepada perbezaanan pendapat dari kesejajaran.

Baru-baru ini kita telah secara beransur-ansur melihat tanda-tanda perpaduan di kalangan Muslim. Dalam era peniruan – taqlid - sekolah-sekolah perundangan telah menitikberatkan identiti sendiri, kadang-kala memberi kenyataan yang menonjolkan diri dalam penafsiran Shari’ah mereka. Tetapi dalam abad ini, ramai pakar perundangan Sunni terkenal yang menulis mengenai warisan perundangan ulama Shi’i dan memuji sumbangan mereka. Semangat terbuka dan menerima inilah yang dijiwai ikhtilaf.

Ikhtilaf dan Ijma’

Ikhtilaf diterima di peringkat tafsiran perundangan sahaja dan perlu dilihat bersama konsep ijma’ yang bersaing untuk menghadkan ruang ikhtilaf. Selepas Quran dan Sunnah, ijma’ secara teorinya adalah tanda aras bagi bukti dan sumber perundangan Shari’ah. Ia merangkumi nurani bersama masyarakat Muslim, persetujuan yang tidak berbelah-bahagi ke atas pentafsiran teks yang betul yang dicapai melalui ijtihad. Ijtihad individu, secara sendiri, sekalipun bagus, tidak mengikat sesiapa. Semua bebas berpeluang untuk memberi pendapat sendiri, yang lazimnya membawa kepada perbezaaan pendapat sebelum ijma’ terhasil dengan keputusan perundangan dalam sesuatu perkara. Ijtihad yang mempunyai ruang untuk perbezaan pendapat boleh juga dianggap sebagai nama lain bagi ikhtilaf.

Jika isu ijtihad adalah penting bagi masyarakat secara keseluruhannya, ia secara amnya diseru untuk penelitian yang rapi oleh ulama dan mujtahidin. Dua kemungkinan boleh berlaku: individu mujtahid tidak disokong oleh ijma’ dan pendapat menjadi terpencil, atau ia dinaikkan kepada taraf ijma’ yang disokong oleh persetujuan umum. Dalam proses ini, ikhtilaf ditoleran sebagai satu prinsip. Tiada sesiapapun yang boleh menghalang mujtahid dari memberi pendapatnya yang dilakukan dengan keyakinan diri.

Tetapi ikhtilaf wajib memenuhi dua syarat dasar: pertentangan pendapat mestilah berdasarkan bukti yang kukuh, dan pertentangan pendapat tidak boleh membawa kepada sesuatu yang tidak nyata. Ia juga harus ada dasar dalam ijtihad dan disokong oleh bukti yang kukuh.

Dan apabila ada pendapat umum ke atas sesuatu keputusan, ikhtilaf harus dihentikan. Mujtahid yang mempunyai pendapat yang berlainan adalah dikehendaki untuk mematuhi ijma’. Oleh itu tujuan sebenar ijma’ adalah untuk melaraskan dan menghentikan ikhtilaf demi mengekalkan semangat Perpaduan yang penting di dalam Islam.

Punca-punca Ikhtilaf

Tiga faktor yang menyebabkan perbezaan pendapat di antara ulama: (1) perkara linguistiks yang berhubung dengan tafsiran teks yang berkaitan; (2) pengetahuan dan kesahihan hadith; dan (3) bukti dan prinsip Usul al-Fiqh.

Quran mengandungi perkataan dan ayat yang terbuka untuk ditafsirkan. Perbezaan pendapat mengenai maksud perkataan mungkin berpunca dari homonim yang boleh membawa lebih dari satu maksud. Contohnya perkataan “quru” (2:228). Teks yang dipersoalkan adalah mengenai jangkamasa iddah yang perlu dilalui oleh perempuan yang telah diceraikan sebelum dia boleh berkahwin lagi. Iddahnya terdiri dari tiga quru’, yang boleh memberi maksud samada tiga haid atau tiga kali bersih dari haid. Tempoh yang terakhir akan menandakan empat haid dan, oleh itu, membawa jangkamasa yang lebih lama. Para Sahabat mempunyai pendapat yang berbeza mengenai perkara tersebut dan ulama seterusnya telah mewarisi perbezaan pendapat ini, membiarkan Ikhtilaf tanpa sebarang penyelesaian.

Punca kedua ikhtilaf adalah kejahilan terhadap hadith, terutamanya dalam tempoh sebelum hadith dikumpul pada pertengahan abad ketiga Hijrah. Diantara perbezaan pendapat yang timbul diantara Tradisionalis (Ahl al-Hadith) dan Rasionalis (Ahl al Ra’y) adalah berhubung-kait dengan sebab bahawa pusat akademik Kufah dan Basrah di Iraq tidak mengetahui sesetengah hadith yang diketahui di Mekah dan Madinah. Dalam isu ini, ia kelihatan seperti, ulama Kufah, selalu merujuk kepada ra’y dan qiyas atau analogi. Malah ulama di Madinah kadang-kala tidak maklum mengenai hadith relevan dan merujuk kepada adab Madinah (‘amal ahl al-Madinah) atau kepada qiyas.

Sebahagian besar perbezaan juga telah timbul diantara sekolah-sekolah mengenai beberapa methodologi dan prinsip Usul al-Fiqh. Terdapat perbedaan mengenai kecondongan pendapat perundangan atau istihsan, konsep Shari’ah yang terdekat dengan doktrin ekuiti yang ada dalam perundangan Barat. Istihsan membenarkan hakim dan mujtahid mencari penyelesaian alternatif kepada sesuatu isu apabila aplikasi tegas perundangan sedia-ada akan membawa kepada keputusan yang tidak memuaskan. Walaupun majoriti menerima istihsan, sekolah Shafi’i menolak terus penggunaannya.

Adab Perbezaan Pendapat

Qur’an dan Sunnah secara amnya menyokong penyelidikan rasional ke atas undang-undangnya. Para Sahabat turut aktif melibatkan diri berbincang soalan perundangan. Mereka mempunyai pendapat yang berbeza diantara satu sama lain mengenai perkara tafsiran dan ijtihad tetapi menerima dan toleran terhadap ikhtilaf. Cara mereka mencari jalan penyelesaian adalah dengan terlebih dahulu merujuk kepada Quran dan Sunnah. Hanya apabila tiada keputusan yang jelas mereka akan merujuk ke ijtihad dan shura. Shura atau konsultasi adalah prinsip Qur’an yang lazim dipraktikkan oleh Rasulullah (saw).

Hadith berikut selalu dipetik sebagai asas teori bagi mengesahkan ijtihad: “Apabila seorang Hakim menggunakan ijtihad dan memberi penghakiman yang betul, dia akan menerima dua pahala, sekiranya dia salah dalam penghakiman maka dia masih menerima satu pahala” Hadith tersebut menggalakkan toleransi dalam usaha akademik. Dengan semangat ini, para sarjana dan mujtahid lain patut mengawal perassan apabila mengecam pendapat yang dianggap salah.

Lebih dari itu, Rasulullah juga telah mengarahkan Sahabat Baginda agar mengelakkan perbezaan pendapat yang tanpa arah tujuan dan membinasakan. Pada satu ketika Rasulullah telah mendengar dua orang yang sedang berbalah mengenai perkara kecil terhadap ayat Quran iaitu mengenai penekanan perkataan. Baginda telah murka dengan cara ikhtilaf yang sedang dilakukan oleh mereka dan bersabda: “Sesungguhnya manusia terdahulu dari kamu telah musnah kerana perbalahan (yang melampau) ke atas kitab”. Dalam kata lain, ikhtilaf boleh membinasakan walaupun pihak-pihak mempunyai niat yang baik.

Jenis-jenis Ikhtilaf

Para ulama telah mengklasifikasikan ikhtilaf kepada tiga jenis: dipuji –mahmud-, seperti perbezaan pendapat dengan penyokong kekufuran dan bimbangan salah; dipersalah atau madhmum, seperti jenis yang telah dipetik dalam hadith yang tersebut di atas; dan jenis yang jatuh di antara keduanya. Ciri perbezaan diantara dipuji dan dipersalahkan adalah keikhlasan dan ketakwaan. Samada, tujuannya adalah terpuji seperti untuk kemajuan ijtihad yang munasabah, atau untuk perkara yang ditinta niat kepentingan diri selalunya akan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kewajaran ikhtilaf.

Dalam Risalah yang ditulisnya, al-Shafi’i telah membahagikan ikhtilaf kepada dua jenis: perbezaan pendapat yang dilarang (al-ikhtilaf al-muharram) dan perbezaan pendapat yang dibenarkan (al-Ikhtilaf al-ja’iz). Perbezaan pendapat adalah dilarang dalam perkara yang telah ditentukan dengan bukti teks yang nyata yang terdapat dalam Qur’an dan Sunnah bagi sesiapa yang mengetahuinya. Al-Shafi’i kemudiannya memetik dengan disokong oleh perintah Qur’an kepada pengikutnya: “Dan janganlah menjadi seperti mereka yang berpecah-belah dan jatuh ke dalam pertikaian (ikhtalafu) selepas menerima tanda yang nyata”. Di atas perkara yang dibenarkan ikhtilaf, al-Shafi’i merujuk kepada peraturan dan garis panduan am ijtihad yang telah dibincangkan dalam Risalah dengan syarat bahawa keutamaan patut diberi kepada bukti sokongan yang diperolehi dari Sunnah atau melalui qiyas.

Ikhtilaf adalah lingkungan Fiqh yang telah berkembang dengan maju dan kerja-kerja ilmiah ke atas ikhtilaf telah bermula seawal bermulanya Fiqh itu sendiri. Kajian pertama yang diketahui mengenai ikhtilaf adalah dari Abu Hanifah yang bertajuk Ikhtilaf al-Sahabah (Perbezaan pendapat antara Sahabat). Pengikutnya Abu Yusuf telah menulis buku yang bertajuk Ikhtilaf Abi Hanfiah wa Ibn Abi Layla. Al Shafi’i juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk Ikhtilaf Abi Hanifah wa’l-Awza’I dan terdapat bab mengenai ikhtilaf dalam Risalah. Dia juga telah merakamkam dalam Kitab al-Umm perbezaan pendapatnya dengan Malik.

Gaya dan isikandungan kajian-kajian ini telah berubah dengan peredaran masa. Pada mulanya cara penulisan agak mendorong kepada mempertahankan diri dan cuba untuk menjustifikasi pandangan diri tanpa membincangkan kajian madhabib lain, kecuali di dalam bidang yang terdapat perbezaan pendapat. Kajian berikutnya mempunyai cara penulisan yang lebih berbentuk perbandingan, dan kemudiannya, terutama pada abad lima Hijrah, menyusuli kemerosotan ijtihad, kajian ikhtilaf telah dipengaruhi oleh perubahan rantau. Fokus tertumpu kepada perbezaan pendapat diantara taraf sekolah-sekolah termasuk diantara kalangan imam terkemuka dan pengikutnya, atau diantara pengikut-pengikut. Satu lagi perubahan yang ketara dalam konteks ini ialah para penulis mula menyatakan pendapat yang diterimanya dan telah muncul genre penulisan perundangan ke atas keutamaan pilihan (al-tarjihat)

Kesimpulan

Kewujudan ikhtilaf sebagai salah satu ranting Fiqh yang telah tumbuh dengan subur dan diiktiraf, mencerminkan suasana toleransi yang sehat diantara ulama dan sarjana-sarjana Islam. Dengan adanya sekolah-sekolah perundangan yang telah mencuba memberi interpretasi Shari’ah yang sama sahihnya, telah menerima satu sama lain dan seterusnya diterima oleh masyarakat Muslim membuktikan pluralisma perundangan Islam.

Dalam era pembentukan perundangan Islam – dalam abad-abad ke tiga dan terdahulu – para sarjana cenderung untuk cemerlang dalam sudut dan penerimaan ijtihad yang berorientasikan ikhtilaf. Para Sahabat juga telah bercanggah mengenai perkara-perkara tafsiran dan telah juga diperkatakan bahawa mereka telah bersetuju untuk tidak bersetuju. Contoh ini juga mendapat sokongan dari pakar yang terkemuka dan ulama dari era ijtihad.

Walaupun begitu pemahaman dan keterbukaan ini adalah tertakluk kepada sekatan yang ada pada era peniruan (taqlid) dengan adanya contoh-contoh yang menjurus kepada ketegaran dan ketegasan dikalangan ulama bertaraf rendah. Sesungguhnya, perpecahan madhabi dalam ummah Muslim hari ni, terutamanya diantara Sunni dan Shi’ah dan dikalangan pengikut mazhab Sunni, selalunya akan mengingkari semangat ikhtilaf. Terdapat keperluan yang besar pada hari ini untuk Muslim bersatu dan mempertahankan konsensus dan pada masa yang sama mengiktiraf bahawa kemunculannya adalah hasil pertimbangan yang terbuka dan ikhtlaf yang berprinsip. Ikhtilaf dan ijma’ tidak boleh dipisahkan walaupun ia kelihatannya seperti bertentangan.

Tetapi walaupun ikhtilaf telah memainkan peranan yang berinspirasi dalam warisan intelektual Islam, peranannya tidak patut diperbesar-besarkan. Perundangan masyarakat tidak boleh berjalan dengan hanya berasaskan ikhtilaf yang tidak putus-putus. Nilai ikhtilaf adalah relatif dan bergantung kepada keturutan dan konsensus yang wajib diterima sebagai pengaruh yang lebih kuat dalam menghadkan sempadan ikhtilaf.

Bagi menetapkan prosedur yang betul untuk ketetapan ikhtilaf dalam masyarakat Muslim hari ni, kita patut merujuk kepada perlembagaan dan undang-undang negara yang terlibat. Penyelesaian dalam perbezaan pendapat wajib dilakukan dalam cara bermaslahah untuk kebaikan rakyat dan dengan menimbangkan pendapat mereka. Apabila pilihan telah dilakukan oleh pihak berkuasa, semua harus menurut dan perbezaan pendapat wajib dihentikan.

Sudah tentu tiada satu formula bagi menyelesaikan ikhtilaf. Selalunya Shari’ah, atau undang-undang terpakai dalam sesuatu negara, hanya memberi garispanduan yang am dan membiarkan keputusan spesifik diambil oleh pakar atau mereka yang bertanggungjawab dalam hal-hal masyarakat. Walaubagaimanapun pada akhirnya, kita harus hidup dengan ikhtilaf yang tiada penyelesaian dalam perundangan dan isu teologi, yang sejarah telah tinggalkan kepada satu generasi Muslim ke satu generasi yang lain. Ia juga merupakan salah-satu fungsi ikhtilaf yang berciri menurut suasana yang selalunya akan bertambah dengan pengalaman yang baru dan tidak dijangka. Oleh itu, ia harus terus menjadi tanggungjawab setiap generasi ummah untuk merebut setiap peluang yang telah diberi untuk menyelesaikan ikhtilaf yang diwarisi atau mencari jalan yang lebih baik untuk menerimanya.