Lawati laman web bahasa Inggeris
Capaian Antarabangsa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Capaian Malaysia

All Women's Action Society (AWAM)
http://www.awam.org.my
Menyediakan informasi mengenai isu keganasan terhadap wanita, terutamanya rogol. AWAM juga mempunyai pusat informasi yang memberi nasihat undang-undang secara percuma berkenaan keluarga, migrasi dan pekerjaan. Pusat ini juga menyediakan 'support group' untuk mangsa rogol.

Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women
http://www.arrow.org.my

Bar Council of Malaysia: Undang-undang keluarga dan anda
http://www.malaysianbar.org.my
Memberi butiran hak-hak anda di bawah undang-undang keluarga di Malaysia, termasuk Akta Perkahwinan dan Perceraian dan Akta Keganasan Rumah Tangga. Ia juga menyediakan informasi tentang bantuan guaman.

EHomem@kers
http://www.ehomemakers.net
Laman web komuniti yang disediakan oleh ibu-ibu yang bekerja dari rumah termasuk ibu-ibu tunggal yang tinggal di Malaysia untuk memberi bantuan dan bertukar pengalaman yang juga mempunya pelbagai artikel, forum dan bilik sembang.

The Friedrich-Naumann-Foundation (Malaysia)
http://www.fnfmalaysia.org
Ini adalah sebuah dana pertubuhan untuk politik liberal dari Jerman. Ia beroperasi di Jerman dan luar negara untuk mempromosikan prinsip kebebasan individu. Pertubuhan ini mengadakan seminar dan persidangan serta menerbitkan bahan-bahan untuk mengembangkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai liberal.

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (Ministry of Women and Family Development)
http://www.kpwkm.gov.my

Malaysian Aids Council
http://www.mac.org.my
Majlis yang bertujuan mewujudkan suatu suasana yang bebas dari kesan-kesan negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan rakyatnya, melalui dan bersama para anggotanya dengan memperkasakan dan mewakili mereka.

Women's Aid Organisation (WAO) / Pertubuhan Pertolongan Wanita
http://www.wao.org.my
Menggalakkan dan membina respek serta memberi perlindungan untuk wanita dan memperjuangkan pelaksanaan kesamarataan gender. Pusat ini bekerja keras untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita kerana lelaki dan wanita adalah sama rata. Menyediakan tempat perlindungan sementara untuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penganiayaan mental, fizikal dan seksual.

Women's Centre for Change, (WCC) Penang
http://www.wccpenang.org
Informasi berkaitan keganasan terhadap wanita (keganasan rumahtangga, rogol, penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan pelecehan seksual) dan apa tindakan yang harus diambil sekiranya ia berlaku terdapat di sini. Kempen, brosur dan bahan-bahan terbitan berkaitan undang-undang dan keganasan terhadap wanita juga dibincangkan. Anda juga boleh memesan bahan-bahan untuk pendidikan am.

Women's Development Collective (WDC)
http://wdc.jinbo.net/home.html
Sebuah kumpulan feminis yang bercita-cita untuk membawa satu gerakan wanita yang progresif di Malaysia. Ia mempunyai visi kearah satu masyarakat yang demokratik berdasarkan keadilan politik, ekonomi dan sosial. Untuk menjana perubahan kumpulan ini menyediakan program yang membina kebolehan individu dan organisasi. Mereka juga membangunkan cara-cara baru dan kreatif untuk berhubung dengan orang lain berasaskan rasa hormat dan respek.

The Women's Candidacy Initiative
The Women's Candidacy Initiative adalah satu penghubung di antara partisipasi politik sebagai ahli di dalam satu-satu parti dan juga aktivisma melalui pertubuhan bukan kerajaan. Ia mewujudkan ruang untuk wanita mengambil bahagian dalam politik, mengembangkan peluang-peluang yang ada dan memberi kesan terhadap arus politik di Malaysia. Kami tidak dapat menyediakan hubungan ke WCI tetapi pelawat boleh menghubungi Zaitun Kasim melalui email untuk maklumat lanjut.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia