Lawati laman web bahasa Inggeris

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERILAH SUMBANGAN ANDA HARI INI ….

“Setiap kelakuan yang baik itu adalah kebajikan, dan semestinya kelakuan yang baik itu termasuklah menemui saudaramu dengan hati yang terbuka dan menuangkan air ke dalam bekasnya daripada bekasmu” - Rasulullah S.A.W

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, Sisters In Islam (SIS) sentiasa mengalu-alukan sokongan derma bagi aktiviti-aktiviti kami:

Klinik Bantuan Guaman – SIS memberi nasihat guaman mengenai perundangan Islam termasuklah Undang-undang Keluarga Islam dan tuntutan harta secara percuma.

Sesi pembelajaran – Setiap bulan SIS menganjurkan sesi pembelajaran mengenai isu kontemporari seperti Islam, HIV/AIDS dan Hak Wanita.

Bengkel latihan – Sepanjang tahun, SIS menjalankan bengkel latihan mengenai gender dan hak wanita dalam Islam. Sejak tahun 2002, SIS telah melatih pemimpin wanita di peringkat akar umbi, penggubal dasar, aktivis badan bukan kerajaan, wartawan, peguam hak asasi manusia, pelajar universiti, pemimpin politik yang muda dan artis.

Ceramah Umum – SIS menganjurkan ceramah umum yang dipimpin oleh sarjana Islam terkenal untuk mendedahkan masyarakat am Malaysia kepada debat berkenaan isu-isu semasa dalam dunia Islam.

Penyelidikan – SIS sering membuat kajian tentang pelbagai hal-ehwal Islam termasuklah undang-undang keluarga Islam, poligami dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Bahan terbitan – Setakat ini, SIS telah mengeluarkan lebih daripada 20 publikasi yang kebanyakannya adalah hasil kajian yang dijalankan. Dalam tahun 2004, SIS menerbitkan Hadith dan Hak Wanita Dalam Islam dan terjemahan Bahasa Malaysia empat buku yang ditulis oleh sarjana progresif Islam dari Indonesia, termasuk Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender oleh Kiyai Hussein Muhammad.

Pusat Sumber – Ia mempunyai pelbagai terbitan berkenaan Islam progresif dan hak-hak wanita dalam kerangka agama.

Marilah turut serta dalam komuniti penderma kami jika anda juga percaya akan prinsip kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan bermartabat.

Untuk memberi sumbangan, sila hubungi: sistersinislam@pd.jaring.my atau anda boleh memasukkan terus ke akaun:

Nama akaun: SIS FORUM MALAYSIA
Alamat: No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya.
Nama Bank: Affin Bank Berhad (Cawangan Bangsar)
Alamat Bank: 4-6 Jalan Telawi Tiga, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Nombor Akaun: 100400002935
Swift code: PABMMYKL (ini adalah untuk pemindahan telegrafik sahaja)

 

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia