Lawati laman web bahasa Inggeris
Pengenalan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Deskripsi Program;

a. Bantuan guaman

  • Klinik Undang-undang - SIS memberi nasihat guaman pada perkara-perkara berkaitan perceraian, nafkah isteri dan hak kewangan dan nafkah anak-anak melalui email, telefon dan bersemuka
  • Kolum Literasi Undang-undang - SIS juga mempunyai kolum di akhbar Utusan Malaysia yang menjawab soalan yang dihantar oleh pembaca berkaitan hak-hak mereka di bawah undang-undang Keluarga Islam

b. Pendidikan Awam

  • Sessi Pembelajaran - Setiap bulan, SIS akan mengadakan sesi pembelajaran . Isu-isu yang dikupas berkaitan Islam, kesihatan dan hak-hak wanita, aurat dan pakaian, menjadi seorang Muslim pada zaman ini dan lain-lain. Sesi pembelajaran ini dikendalikan oleh cendikiawan dari Malaysia dan juga antarabangsa
  • Latihan/Bengkel - Sepanjang tahun, SIS mengadakan latihan dan bengkel berkaitan gender dan hak-hak wanita Islam. Dari tahun 2002, SIS telah melatih ketua-ketua wanita di peringkat komuniti, penggubal undang-undang, aktivis-aktivis badan bukan kerajaan, wartawan, peguam-peguam hak asasi, pelatih undang-undang , pelajar-pelajar universiti dan juga ketua-ketua politik muda.
  • Syarahan Umum - SIS mengadakan siri ceramah terbuka untuk mendedahkan orang ramai kepada pemikiran alternatif yang progresif dalam Islam oleh tokoh-tokoh Islam terkemuka

c. Penyelidikan - SIS sedang menjalankan satu penyelidikan pilot bertajuk 'Kesan poligami terhadap institusi keluarga' dan sekarang dijalankan pada peringkat nasional.

d. Advokasi

  • Pembaharuan Undang-undang - SIS telah menghantar satu memorandum kepada kerajaan Negeri Selangor pada May 2003, menyatakan kekesalan terhadap pindaan-pindaan yang dibuat kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang berterusan mendiskriminasi kaum wanita Islam . SIS juga melobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan satu sistem Mahkamah Keluarga yang mencakupi bidang kuasa Sivil dan Shariah.
  • Advokasi Media - Kenyataan Akhbar dan Surat Kepada Pengarang yang diterbitkan di dalam akhbar berbahasa Malaysia dan Inggeris telah menyumbang kepada perbahasan terbuka, contohnya mengenai perceraian melalui SMS, pindaan-pindaan Undang-undang Keluarga Islam yang mendiskriminasikan wanita Islam, EPF dan harta pusaka dan juga dokumen Negara Islam PAS.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia