Lawati laman web bahasa Inggeris

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kontroversi berkaitan penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 2005

Penggubalan terkini terhadap Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 2005 berterusan mendiskriminasi dan tidak berlaku adil kepada wanita Islam. Penggunaan agama untuk membenarkan ini berlaku dan juga cara undang-undang itu diluluskan juga tidak boleh diterima sama sekali.

Sila baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kenyataan Akhbar terhadap Pindaan Kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 2005 Yang Boleh Disalahgunakan Oleh Suami
Sisters In Islam menyambut baik cadangan pindaan yang akan dibentangkan di Parlimen yang membolehkan tuntutan harta sepencarian oleh isteri apabila suaminya ingin berpoligami. Walaubagaimanapun, terdapat kelonggaran dan kelemahan kepada dua pindaan positif ini yang boleh disalahgunakan dan terus memberi kesan diskriminasi terhadap kaum wanita. Baca lanjut...

Memorandum Kepada Ahli Dewan Senat untuk Mengkaji Semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005
Memorandum bersama Joint Action Group on Gender Equality (JAG) ini diserahkan kepada ahli Dewan Senat supaya menarik balik dan mengkaji semula Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 26 September 2005. Baca lanjut...

Sila rujuk ke laman web Bahasa Inggeris kami untuk membaca laporan-laporan dari akhbar-akhbar tempatan dan antarabangsa berkenaan isu ini.

Pembaca juga boleh membaca lain-lain gubalan undang-undang yang mendiskiriminasi wanita Islam, sila klik di Advokasi, kemudian Memorandum untuk membaca:

- Surat kepada Berita Harian menjawab Kenyataan Datuk Dr. Abdullah Zin berkenaan penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 30 Disember 2005 (tidak diterbitkan)
- Surat kepada Utusan Malaysia menjawab kenyataan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, 28 Disember 2005 (tidak diterbitkan)
- Memorandum yang diserahkan kepada kerajaan terhadap Perbandingan Draf Rang Undang-undang Keluarga Islam (digubal pada 24 Januari 1998) dengan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984
- Memorandum pembaharuan proses perceraian dan tuntutan sampingan dalam prosiding mahkamah Shariah
- Surat kepada Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2000 berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis menuntut wang EPF dan Perkeso dibahagikan menurut Faraid. Penama Polisi Insuran tidak boleh mewarisi wang insuran tetapi akan dibahagikan berdasarkan Faraid juga.

 

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia