|
Sisters in Islam (SIS) menjemput anda untuk memohon jawatan ini. Jika anda berminat untuk mempertahankan hak wanita di Malaysia dan mendokong prinsip keadilan dan kesaksamaan gender dan hak asasi manusia, sila hantar anda permohonan sebelum 15hb Jun 2008.
1) PEGAWAI PROGRAM (Penyelidik dan Penerbitan)
Pegawai Program akan membantu didalam projek penyelidikan dan penerbitan serta aktiviti-aktiviti SIS. Tanggungjawab perjawatan ini termasuk:
• Membantu SIS dan kumpulan penyelik didalam projek-projek serta aktiviti-aktiviti yang lain termasuk penyediaan mesyuarat dan bengkel latihan
• Membantu SIS didalam bahan penerbitan SIS dan pengedaran, penjualan serta promosi
• Mengemaskini inventori bahan penerbitan SIS
Kelulusan yang dikehendaki:
• Minima dua tahun pengalaman dibidang penyelidikan dan penerbitan. Pemohon tanpa izajah tetapi mempunyai pengalaman yang lebih daripada dua tahun digalakan memohon
• Memiliki kemahiran bertutur dan menulis didalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
• Komitmen terhadap hak asasi manusia dan kesaksamaan gender
Gaji bergantung kepada pengalaman dan kelulusan. Sila hantar permohonan kepada rashidah@sistersinislam.org.my sebelum 15hb Jun 2008.
2) PEGAWAI UNDANG-UNDANG
Pegawai Undang-undang akan memastikan kelancaran Klinik Undang-undang SIS dan membantu di dalam Advokasi, Khidmat Guaman dan Penggubahan Unit Pengurus Senior di dalam advokasi dan penggubalan polisi SIS. Ini termasuk:
· Menyediakan khidmat nasihat guaman kepada klien SIS
· Mengawasi pelajar chambering di Klinik Undang-undang SIS
· Membantu di dalam kerja penggubalan undang-undang dan polisi di mana diperlukan
Kelulusan yang dikehendaki:
*Ijazah Undang-undang, mempunyai pengalaman yang lebih daripada dua tahun digalakan memohon
*Kepada yang tidak mempunyai ijazah undang-undang, tetapi mempunyai pengalaman di dalam undang-undang Syariah adalah digalakkan untuk memohon.
*Komitmen terhadap hak asasi manusia dan kesaksamaan gender
*Mempunyai pengetahuan di dalam Undang-undang Keluarga Islam, pengalaman di mahkamah dan kemahiran kaunseling
Gaji bergantung kepada pengalaman dan kelulusan. Sila hantar permohonan kepada rashidah@sistersinislam.org.my sebelum 15hb Jun 2008.
|