Sisters in Islam ingin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan
oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap
kemungkinan penggunaan ISA ke atas mereka yang bertanggungjawab menulis dan
menyebarkan SMS palsu dan berniatkan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian
antara kaum.
Sebagai ahli Gabungan Mansuhkan ISA, SIS menyeru agar Akta ISA ini dibatalkan
kerana ia membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.
Apa yang penting adalah agar pihak berkuasa menggalakkan masyarakat untuk membincangkan
isu-isu berkaitan kepentingan negara secara aman dan rasional, berdasarkan kepada
pengetahuan dan fakta kukuh.
Dikeluarkan oleh Norhayati Hj Kaprawi
Sisters in Islam