(Versi Utusan Malaysia)

Lafaz talak biar berhemah
8 Jun 2007

Soalan:

Saya dan suami sering bertengkar dan kemudian berbaik semula. Kami telah cuba sedaya upaya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

Kebelakangan ini, suami saya mengusulkan supaya kami bercerai setiap kali kami bergaduh. Suatu hari, dia memegang tangan saya seperti semasa bernikah dan berkata dia akan lafazkan talak ke atas saya di mahkamah. Adakah dikira sudah jatuh talak apabila dia berkata demikian?

Nur Ilham, Jasin, Melaka.

Jawapan:

Terima kasih kerana mengajukan kemusykilan puan kepada kami.

Walaupun ikatan perkahwinan terlerai, hubungan kekeluargaan antara pihak-pihak masih wujud terutama sekali apabila terdapat anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.

Oleh yang demikian, pasangan yang mahu bercerai seeloknya memutuskan ikatan perkahwinan dengan cara yang baik. Ini dapat kita lihat melalui ayat 229 Surah Al-Baqarah yang berbunyi: "...Berbaiklah dengan cara yang maaruf atau bercerailah dengan cara yang baik."

Para suami perlu maklum bahawa talak bukanlah perkara yang boleh dipermainkan atau diambil mudah. Suami yang ingin menceraikan isterinya, seharusnya hanya melafazkan talak dengan cara yang berhemah.

Cara yang dimaksudkan adalah dengan melafazkan talak di mahkamah syariah. Tindakan suami puan yang ingin melafazkan talak di mahkamah adalah cara yang berhemah. Dalam situasi puan, tiada talak yang dilafazkan.

Bijak

Suami puan juga bertindak dengan bijak apabila ingin membawa perkara ini ke mahkamah. Di Malaysia, hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan talak yang dilafazkan mengikut hukum syarak. Dalam memutuskan sama ada talak telah dilafazkan, hakim mahkamah syariah akan mendengar akuan daripada suami, isteri dan juga saksi-saksi untuk menentukan sama ada rukun-rukun perceraian telah dipenuhi.

Menurut Kitab Banatu al-Talibin, terdapat lima rukun yang perlu dipenuhi sebelum talak dikira sebagai sah. Rukun-rukun tersebut adalah: suami, lafaz talak, niat, isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

Dengan yang demikian, sama ada suami atau puan atau kedua-dua sekali perlu memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Jasin yang beralamat di Daerah Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Puan juga boleh berhubung dengan mahkamah syariah berkenaan di talian 06-5295721.

Permohonan perceraian ini dibuat berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002. Dalam mengemukakan permohonan tersebut, puan dan suami perlu menyertakan satu surat akuan berkanun yang menyatakan perkara-perkara berikut:

(a) butir-butir perkahwinan, nama, umur dan jantina anak-anak hasil daripada perkahwinan itu, jika ada;

Sertakan sesalinan kad pengenalan dan surat beranak puan, suami puan serta anak-anak dan juga sesalinan sijil nikah yang sah.

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah;

Kepilkan salinan surat kariah masjid yang boleh didapati di masjid yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal puan.

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding tuntutan mahkamah mengenai hal-ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu; contohnya, tuntutan nafkah atau mas kahwin tertunggak, dakwaan nusyuz dan sebagainya.

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;

Di sini, nyatakan bahawa puan dan suami pernah melalui sesi kaunseling, timbangtara dan lain-lain sebelum ini.

(f) apa-apa perjanjian tentang nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak, jika ada, tentang hak penjagaan anak-anak, jika ada, dan pembahagian harta sepencarian, jika ada, dan

(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta seperti perintah pemotongan gaji untuk bayaran nafkah anak dan sebagainya.

Setelah mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan puan sudah tidak dapat diselamatkan, suami puan akan dinasihati agar melafazkan satu talak ke atas puan di hadapan mahkamah. Mahkamah kemudian akan mengeluarkan perintah membenarkan perceraian tersebut. Selepas perceraian itu direkodkan, Pejabat Agama yang berdekatan akan mengeluarkan sijil cerai kepada puan dan suami.

Diharap jawapan ini dapat membantu menyelesaikan masalah puan.

____________________________________________________________________________________________________

(Versi Utusan Malaysia)

Soalan:

Saya dan suami sering bertengkar dan kemudian berbaik semula. Kami telah cuba sedaya upaya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Kebelakangan ini, suami saya mengusulkan supaya kami bercerai setiap kali kami bergaduh. Suatu hari, dia memegang tangan saya seperti semasa bernikah dan berkata dia akan lafazkan talaq ke atas saya di mahkamah. Adakah dikira sudah jatuh talaq apabila dia berkata demikian?

Nur Ilham, Jasin, Melaka.

Jawapan:

Terima kasih kerana mengajukan kemusykilan puan kepada kami.

Walaupun ikatan perkahwinan terlerai, hubungan kekeluargaan antara pihak-pihak masih wujud terutama sekali apabila terdapat anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.

Oleh yang demikian, pasangan yang mahu bercerai seeloknya memutuskan ikatan perkahwinan dengan cara yang baik. Ini dapat kita lihat melalui ayat 229 Surah Al-Baqarah yang berbunyi: "...Berbaiklah dengan cara yang maaruf atau bercerailah dengan cara yang baik."

Para suami perlu maklum bahawa talaq bukanlah perkara yang boleh dipermainkan atau diambil mudah. Suami yang ingin menceraikan isterinya seharusnya hanya melafazkan talaq dengan cara yang berhemah.

Cara yang dimaksudkan adalah dengan melafazkan talaq di mahkamah syariah. Tindakan suami puan yang ingin melafazkan talaq di mahkamah adalah cara yang berhemah. Dalam situasi puan, tiada talaq yang dilafazkan.

Suami puan juga bertindak dengan bijak apabila ingin membawa perkara ini ke mahkamah. Di Malaysia, hanya mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa untuk mengesahkan talaq yang dilafazkan mengikut hukum syara'. Dalam memutuskan sama ada talaq telah dilafazkan, Hakim Mahkamah Syariah akan mendengar akuan daripada suami, isteri dan juga saksi-saksi untuk menentukan sama ada rukun-rukun perceraian telah dipenuhi.

Menurut Kitab Banatu al-Talibin, terdapat lima rukun yang perlu dipenuhi sebelum talaq dikira sebagai sah. Rukun-rukun tersebut adalah: suami, lafaz talaq, niat, isteri dan talaq itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

Dengan yang demikian, sama ada suami atau puan atau kedua-dua sekali perlu memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Jasin yang beralamat di Daerah Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Puan juga boleh berhubung dengan mahkamah syariah berkenaan di talian 06-5295721.

Permohonan perceraian ini dibuat berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002. Dalam mengemukakan permohonan tersebut, puan dan suami perlu menyertakan satu surat akuan berkanun yang menyatakan perkara-perkara berikut:

(a) butir-butir perkahwinan, nama, umur dan jantina anak-anak hasil daripada perkahwinan itu, jika ada;

Sertakan sesalinan kad pengenalan dan surat beranak puan, suami puan serta anak-anak dan juga sesalinan sijil nikah yang sah.

(b) butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah;

Kepilkan sesalinan surat kariah masjid yang boleh didapati di masjid yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal puan.

(c) butir-butir mengenai apa-apa prosiding tuntutan mahkamah mengenai hal-ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu; contohnya, tuntutan nafkah atau mas kahwin tertunggak, dakwaan nusyuz dan sebagainya.

(d) suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

(e) suatu pernyataan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;

Di sini, nyatakan bahawa puan dan suami pernah melalui sesi kaunseling, timbangtara dan lain-lain sebelum ini.

(f) apa-apa perjanjian tentang nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak, jika ada, tentang hak penjagaan anak-anak, jika ada, dan pembahagian harta sepencarian, jika ada, dan

(g) butir-butir mengenai perintah yang diminta seperti perintah pemotongan gaji untuk bayaran nafkah anak dan sebagainya.

Setelah mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan puan sudah tidak dapat diselamatkan, suami puan akan dinasihati agar melafazkan satu talaq ke atas puan di hadapan mahkamah. Mahkamah kemudian akan mengeluarkan perintah membenarkan perceraian tersebut. Selepas perceraian itu direkodkan, Pejabat Agama yang berdekatan akan mengeluarkan sijil cerai kepada puan dan suami.

Di harap jawapan ini dapat membantu menyelesaikan masalah puan.