Berdasarkan beberapa perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini, nyata sekali kita, sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi boleh berdiam diri dan terus membiarkan penglibatan kerajaan yang semakin meningkat dalam mengawasi akhlak rakyatnya.
Penangkapan seorang mak nyah oleh pihak berkuasa agama di Taiping semasa dia berada di perkarangan rumah seorang kawannya (The Star, 2 Mac 2005, ms 12); kempen mengintip kelakuan anak-anak muda oleh Gerakan Belia 4-B Melaka dengan alasan mengawasi akhlak mereka (Malaysiakini.com, 22 Febuari 2005); dan penahanan dan tindakan yang memalukan ke atas lebih daripada 100 orang muda mudi beragama Islam oleh JAWI berikutan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Kuala Lumpur - semua ini merupakan peristiwa-peristiwa malang yang membuktikan bagaimana tindakan mengawasi akhlak boleh mencabuli kehormatan seseorang manusia serta hak asasi mereka sebagai rakyat.
Kami mempersoalkan peranan kerajaan, serta penggunaan undang-undang agama dan undang-undang munisipal oleh pihak kerajaan, untuk mendefinasi dan mengawal akhlak rakyatnya. Memaksa dan menakut-nakutkan rakyat supaya mematuhi undang-undang tersebut tidak akan membawa kepada masyarakat yang lebih berakhlak; sebaliknya tindakan tersebut akan menghasilkan masyarakat yang berada dalam ketakutan serta rakyat yang bersifat submisif dan hipokrit.
Kami bimbang apabila agama menjadi sebahagian besar daripada agenda politik negara, ianya akan menambah kecenderungan kerajaan untuk mengawasi kehidupan peribadi rakyatnya. Berdasarkan kepelbagaian bangsa dan agama masyarakat Malaysia, apa saja tindakan untuk mengawal nurani, kepercayaan dan kehidupan peribadi seseorang bukan sahaja membawa implikasi yang serius terhadap rakyat dan masyarakat, tetapi juga terhadap hubungan di antara pelbagai kaum.
Penggunaan agensi tertentu, contohnya pihak polis, pihak berkuasa agama dan pegawai-pegawai Rela, untuk mengawal akhlak rakyat bukanlah suatu perkara baru. Tetapi menggunakan belia-belia Islam untuk mengintip umat Islam yang lain adalah sesuatu yang belum pernah terjadi. Ini bukan sahaja melanggar perintah-perintah Al-Qur'an tetapi turut melanggar kepercayaan umum di dalam masyarakat. Tambahan lagi, ianya mengundang vigilantism, atau tindakan menghukum seseorang di luar batasan undang-undang. Lapuran yang menyatakan bahawa terdapatnya rancangan untuk menggunakan belia bukan Islam untuk mengintip pasangan bukan Islam menunjukkan betapa cepatnya dasar-dasar autoritarian ini dapat mempengaruhi rakyat Malaysia.
Kami menentang penggunaan aparatus kerajaan, serta individu dan kumpulan yang dilantik untuk membantu dalam mengawal akhlak. Cara seseorang berpakaian serta bagaimana, di mana dan dengan siapa mereka memilih untuk bergaul adalah perkara peribadi dan pilihan persendirian.
Bangkangan umum yang berlaku berikutan serbuan dan penahanan lebih daripada 100 pengunjung sebuah kelab malam oleh pegawai-pegawai JAWI baru-baru ini, serta kes yang melibatkan pasangan muda yang didenda oleh pegawai-pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya KL kerana berpegangan tangan semasa berada di taman KLCC pada bulan Ogos 2003, menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan masyarakat Malaysia terhadap isu-isu tersebut. Sebelum ini, banyak kes yang sama tidak dilapurkan kerana mereka yang dituduh telah mengaku bersalah tanpa nasihat guaman. Mereka lebih rela berbuat demikian untuk mengelak daripada mengharungi diskriminasi yang pastinya akan timbul berikutan dari perbicaraan umum yang mereka hadapi. Kini, nyata pendapat umum telah berubah, dan undang-undang juga perlu diubah untuk mencerminkan masyarakat yang semakin bersifat terbuka dan progresif.
Apa jua undang-undang yang cuba mengawal kehidupan rakyat secara terperinci akan membawa akibat yang sangat mendalam sehinggakan ianya menjadi tidak adil dan sukar dikuatkuasakan. Peruntukan undang-undang yang samar-samar ini terlalu luas tafsirannya dan boleh disalahgunakan oleh pegawai penguatkuasa - dan ianya boleh membawa kepada dakwaan yang terpilih serta penindasan terhadap mereka yang terpinggir dari segi darjat, jantina dan/atau komuniti.
Tanggungjawab kerajaan ialah untuk mendukung dan melindungi hak-hak keadilan, kesaksamaan, kebebasan dan kehormatan rakyatnya pada setiap masa.
Sebagai mewakili masyarakat Malaysia yang majmuk dan berdemokrasi, kami yang menandatangani dokumen ini mengesahkan bahawa akhlak merupakan sesuatu perkara yang lebih baik diselesaikan oleh individu-individu dan keluarga mereka, dan kami menyeru untuk:
a) Membubarkan semua peruntukan dalam undang-undang agama dan undang-undang munisipal yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak-hak asasi peribadi, serta hak untuk berucap dan bersuara, dan juga undang-undang yang bertindih dengan Kod Penal persekutuan;
b) Melantik sebuah jawatankuasa untuk mengawasi proses pembubaran undang-undang tersebut, di mana jawatankuasa ini perlu terdiri daripada wakil-wakil dari organisasi wanita, oganisasi hak-hak asasi manusia, organisasi kemasyarakatan, cendekiawan agama yang progesif dan juga ahli pakar perlembagaan;
c) Mengeratkan hubungan masyarakat Malaysia yang majmuk/berbilang kaum menerusi dialog dan perbincangan umum berkenaan isu-isu keakhlakan dan bukannya merenggangkan hubungan tersebut dengan melantik pihak tertentu untuk mengawasi akhlak atau melalui cara mengintip jiran masing-masing.
Disokong oleh -
(sehingga Jumaat, 25 Mac 2005)
Organisasi;
1. ALIRAN
2. All Women's Action Society (AWAM)
3. Campus Ministry Office, Penang Diocese (CMO)
4. Center for Orang Asli Concerns
5. Citizen's Health Initiative
6. Community Action Network (CAN)
7. Community Development Centre (CDC)
8. Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer)
9. Food Not Bombs, Kuala Lumpur
10. Forum Iqra'
11. Group of Concerned Citizens
12. Indigenous Peoples Development Center (IPDC)
13. International Movement for a Just World (JUST)
14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
15. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)
16. Justice and Peace Commission, Penang Diocese (J&P)
17. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
18. Lasallians in Action
19. Malayan Nurses Union
20. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
21. Malaysian Aids Council (MAC)
22. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
23. Malaysian Voters Union (MALVU)
24. Metal Industry Employees Union
25. National Council of Women's Organisations (NCWO)
26. National Human Rights Society (HAKAM)
27. Pelangi Community Foundation
28. Penang Coordinating Council, Campus Ministry Office
29. Penang Diocesan Youth Network (PDYN)
30. Penang Office for Human Development (POHD)
31. Persatuan Ibu Tunggal Mutiara Kuala Lumpur
32. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
33. Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
34. Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE)
35. Protect & Save the Children
36. Pusat KOMAS
37. Research for Social Advancement (REFSA)
38. Sabah Women Action Resource Group (SAWO)
39. Save Ourselves (SOS)
40. Sisters in Islam (SIS)
41. Society for Christian Reflection
42. SOS Selangor
43. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
44. Tenaganita
45. The Management Institute for Social Change (MINSOC)
46. The Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia
47. Universiti Bangsar Utama (UBU)
48. Wanita Inovatif Jati Diri (WIJADI) Kelantan
49. Women's Aid Organisation (WAO)
50. Women's Development Collective (WDC)
51. Women's Candidacy Initiative (WCI)
52. Women's Centre for Change (WCC), Penang
Parti politik;
1. Democratic Action Party (DAP)
2. Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY)
3. Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Busines;
1. The Body Shop West Malaysia
Ahli Dewan Undangan;
1. Azalina Othman Said (YB Datuk), MP for Penggerang, Minister of Youth & Sports
2. Chong Chieng Jen (YB), MP for Bandar Kuching
3. Chong Eng (YB), MP for Bukit Mertajam
4. Fong Kui Lun (YB), MP for Bukit Bintang
5. Fong Po Kuan (YB), MP for Batu Gajah
6. Lim Hock Seng (YB), MP for Bagan
7. Lim Kit Siang (YB), MP for Ipoh Timur
8. Loke Siew Fook (YB), ADUN for Lobak
9. M. Kulasegaran (YB), MP for Ipoh Barat
10. Mohamed Nazri Aziz (YB Datuk Seri), MP for Padang Rengas, Minister in the PM's Department
11. Mohd Zaid Ibrahim (YB Datuk), MP for Kota Bharu
12. Ng Yen Yen (YB Dato' Dr), MP for Raub, Deputy Minister of Finance
13. Rahman Ismail (YB Datuk Dr), MP for Gombak
14. Rais Yatim (YB Datuk Seri Utama Dr), MP for Jelebu, Minister of Arts, Culture and Heritage
15. Tan Kee Kwong (YB Dato' Dr), MP for Segambut
16. Tan Kok Wai (YB), MP for Cheras
17. Tan Seng Giaw (YB Dr), MP for Kepong
18. Teng Chang Khim (YB), ADUN for Sungai Pinang
19. Teresa Kok (YB), MP for Seputeh
20. Toh Kin Woon (YB Datuk Dr), State Executive Counselor, ADUN for Machang Bubuk, Penang
21. Wong Nai Chee (YB), MP for Kota Melaka
Individu-individu:
1. A. Basarudin, PhD candidate, UCLA
2. Abd. Mutalip Abdullah, academic
3. Adriani Wahjanto, advocate & solicitor
4. Ahmad Hamdan Bin Kamaruddin, graphic designer
5. Alan Khoo
6. Alex de Silva, Advocate and Solicitor
7. Alex Tan Ken Seng
8. Ali Imran
9. Ambiga Sreenevasan
10. Aminullah Ali, businessman
11. Amir Muhammad, film maker / writer / director
12. Andrew Aeria, academic
13. Andrew Teh
14. Angela M. Kuga Thas, trustee, KRYSS
15. Angelyn Lee
16. Ann Lee, writer / director
17. Anna Har, pusat KOMAS
18. Antares (Kit Leee), writer, musician, ontologist & grandfather
19. Anthony Row
20. Anushia Kandasamy, consultant
21. Anwar Fazal, former president, Consumers International
22. Audrey L. Fernando, Malaysian citizen
23. Ayesha Jacqueline Chue, manager and mother of three
24. Azah Yazmin Yusof, broadcaster
25. Azhar Azizan Harun
26. Azmi Sharom, academic
27. Azzat Kamaludin
28. Baradan Kuppusamy, journalist
29. Berlinda Gooi, academic relations manager
30. Bernice Chauly, writer/photographer/actor
31. Beth Yahp, writer
32. Beverly Yong, gallery director
33. Bishan Singh, development entrepreneur
34. Brian Lariche
35. Cara Kamaruddin
36. Cecil Rajendra, poet / lawyer
37. Cecilia Anthonysamy, doctor
38. Celina Khor, TV presenter
39. Chan Choy Lang
40. Chan Lean Heng, USM academician
41. Charlene Rajendran, lecturer-drama
42. Charles Hector
43. Chee Sek Thim
44. Cheong Wai Quan
45. Chiam Heng Keng (Prof Dr)
46. Chua Hang Kuen, concerned Malaysian
47. Chuah Siew Eng
48. Colin Ong
49. Dhani Ahmad, male, independent punk activist, Gombak
50. Din Merican
51. Dominic Chan Weng Chun
52. Eileen Chan, teacher, social activist, actor, dancer
53. Ellen Philomena Ryan
54. Eric Goh Choo Tuck
55. Eugene Jayaraj Williams, partner, Messrs Zaid Ibrahim & Co.
56. Ezrena Marwan, graphic designer
57. F.R. Bhupalan (Mrs)
58. Fahri Azzat, advocate & solicitor
59. Farah Naim, lawyer
60. Farish A. Noor (Dr), political scientist and researcher on Political Islam
61. Fathi Aris Omar, Malaysiakini columnist and Asian Public Intellectuals fellow
62. Florence Looi Kwok Yih, lawyer
63. Foo Chiwei, graphic designer
64. Foo Ong Pin (Dr), consultant paediatrician
65. Grace de Silva, Malaysian citizen
66. Hariati Azizan, journalist
67. Haris Ibrahim, lawyer
68. Haslinah Yacob (Hajjah)
69. Hasmah, Malaysian citizen
70. Helen Ting, PhD candidate
71. Ho Chin Soon (Haji)
72. Ho Yock Lin, Women activist
73. Honey Tan, citizen
74. Indran Rajalingam, lawyer, Kota Bharu
75. Irene Fernandez (Dr)
76. Izlyn Ramli, Malaysian citizen
77. Jacqueline Ann Surin, Malaysian citizen
78. Jahabar Sadiq, citizen / journalist
79. James Lee, lawyer
80. Janet Tay Hui Ching, lawyer, KL
81. Jeff Ooi, blogger
82. Jennson Yuen, co-founder of for PLU.com website & businessman
83. Jerald S. Joseph
84. Jerome Kugan, writer / musician
85. Jeya Kumar, advocate and solicitor
86. Joachim F. Xavier
87. Joe Selvaretnam, citizen
88. John Chung, research executive
89. Julian Lee, student, Melbourne
90. Juliyah, Malaysian citizen
91. K Parameswary a/p Karpusamy, lawyer
92. K. Arumugam
93. K.C. Chye
94. Karen Chu
95. Karim Raslan
96. Kasim Ahmad, president Forum Iqra
97. Kathy Rowland, www.kakiseni.com
98. Kenny Lai
99. Kevin Tan, Malaysian citizen
100. Koh Swe Yong
101. Kohila Yanasekara, activist
102. Krishnaveni Paul, lawyer
103. Kristinawati Ramlan, PR practitioner
104. Lai Wan Teng, citizen
105. Latifah, Malaysian citizen
106. Lawrence Lee
107. Lee Ban Chen, Malaysiakini columnist
108. Lee Hwok Aun, PhD candidate
109. Lee Jen Pink, lawyer
110. Leonard Teoh, advocate & solicitor
111. Leong Phaik Leng, advocate & solicitor
112. Leslie Lau, journalist / citizen
113. Lim Guan Eng, secretary general, DAP / former MP for Kota Melaka
114. Lim Swee Kuang (Joshua), IMA section head, father of two teenagers
115. Lim Tuck Sun
116. Lina Tan, producer
117. Loh Yin San, concerned citizen
118. Low Ngai Yuen, TV presenter
119. Lum Woon Foong
120. Maha Abdullah
121. Majella Gomes, writer
122. Mak Weng Kit
123. Malik Imtiaz Sarwar, lawyer
124. Manjeet Singh Dhillon, lawyer
125. Manon Easan
126. Mansor Saat, businessman
127. Marina Mahathir
128. Marina Zain
129. Marina Zainal Farid, race car driver
130. Mark Talalla
131. Maya Ardilia Husin
132. Md. Roslan Osman
133. Medaline Chang, journalist
134. Michael Chin
135. Michael Phung
136. Mina Cheah, Malaysian citizen / tax payer / registered voter
137. Mohammad Hashim Kamali (Prof)
138. Mohan Ambikaipaker, anthropologist and graduate student
139. Mohd Hazri (Hj), personal and corporate transformational healer
140. Mohd Nasir Hashim (Dr)
141. Mohd Zamri Kassim
142. Mona Mariappan
143. Mustafa K Anuar, PhD, social activist
144. N.Sivananthan, lawyer
145. Nachammai Kumarappan
146. Nicholas Tan
147. Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, Kota Bharu
148. Nik Fahmee Hussein
149. Nizam Zakaria, writer
150. Norhashima, Malaysian citizen
151. Pamela Moo
152. Pang Khee Teik
153. Param Cumaraswamy
154. Patrick Teoh
155. Paulina Michael, Malaysian citizen of Sarawak origin, activist, mother of two
156. Petra Gimbad, student
157. Philip Wong, human resource head
158. Pia Khalsom Zain Azraai, sister and daughter
159. Prema Perumal, software engineer / blogger
160. Premesh Chandran
161. Puteri Rose Sharlinah, Malaysian citizen
162. Quek Sue Yian, banker
163. Rachel Ng
164. Rafidah Abdullah, writer/TV presenter
165. Rajen Devaraj
166. Ramdas Tikamdas, lawyer
167. Ranita Mohd. Hussein (Dato')
168. Ranjit Kaur
169. Rashidah Abd A'ala, Malaysian citizen
170. Rashidah Hashim, mother of two
171. Razlina Razali, lawyer
172. Richard Yeoh, concerned Malaysian
173. Rita Sim, concerned rakyat Malaysia
174. Robert Hempel, engineer
175. Ronnie Liu, DAP International Secretary & NGO bureau chief
176. Rosli Omar, PhD
177. Rosniza, Malaysian citizen
178. Rozana Isa, concerned citizen and mother of three
179. S. B. Toh, journalist
180. S.Z. Aljeffri, artist
181. SA Thein, executive
182. Sally Ee
183. Samsukri Mohamad
184. Sascha Khan, business director
185. Selvamalar Alagaratnam, advocate & solicitor
186. Sem Kiong Angin, Sarawak
187. Shahrinaz Shaik, lawyer
188. Shalina Azhar
189. Sham Richard, concerned Malaysian
190. Shanon Shah, writer / musician
191. Shanti Ramu, concerned mother
192. Sharaad Kuttan
193. Sharan Sidhu, accounts executive
194. Sharifah Sarizeah
195. Sharmala Batumalai
196. Sharon Barbosa, advocate & solicitor
197. Sharon Nelson
198. Sidek Kamiso, journalist
199. Sonia Abraham, lawyer
200. Sonia Randhawa, media activist
201. Sreesanthan Eliathamby, lawyer
202. Sri Sarguna Raj
203. Stephanie Bastian
204. Sumit Mandal
205. Syahrul Bahiah Jamaludin, Malaysian
206. Tan Ban Cheng
207. Tan Siok Choo
208. Tania Khan, mother
209. Teo Chui Ping, concerned solicitor
210. Thein Soon Ann, engineer
211. Theivanai Amarthalingam, legal advisor, Penang
212. Tina Shah
213. Tony Woon Yeow Thong, advocate & solicitor, Seremban
214. Usha Nair, IT consultant
215. V. Gayathry
216. Vernon Adrian Emuang, Malaysian citizen, registered voter and activist
217. Veronica Shunmugam, arts journalist and singer
218. Vidya Bharati, concerned Malaysian
219. Vinayak Pradhan
220. Vincent Tey Wei Seng
221. Wei Ching
222. Wong Ee Lynn, concerned citizen
223. Wong Meng Chuo, social and environmental activist
224. Wong Teck Chi, student
225. Wong Yuen Mei
226. Yap Miow Sen
227. Yap Swee Seng
228. Yasmin Mokhtar, concerned citizen
229. Yasmine Merican, lecturer and graduate student
230. Yee Khim Chong
231. Yeoh Seng Guan, academic
232. Yvonne Tan
233. Zaharom Nain, academic and father of three
234. Zainal Zikri Zainal Abidin
235. Zarina Zahid, purchasing & merchandising executive
236. Zedeck Siew
237. Zuraidah Abdul Rahman