Sisters in Islam (SIS) telah memulakan satu usaha untuk melaksanakan program dan aktiviti yang menjadi asas kepada perkembangan Islam yang progresif di Malaysia dan mengiktiraf hak-hak wanita dan peranan mereka sebagai warganegara yang saksama dan rakan kongsi di dalam semua hal dan mempromosi prinsip-prinsip saksama, adil, hormat dan demokrasi dalam Islam. Anda dijemput untuk bersama mengambil bahagian.
SIS mengadakan latihan hampir setiap bulan, bergantung kepada kehendak dan setakat ini SIS telah melatih pelbagai kumpulan dan mereka adalah orang-orang penting dalam mempromosi isu-isu hak asasi manusia dan kesetaraan gender.
|