Lawati laman web bahasa Inggeris

 

 

 

 

 

 

Penyelidikan

Semenjak penubuhannya pada tahun 1988, SIS telah menjalankan berbagai aktiviti penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut digunakan untuk kerja-kerja advokasi dan pendidikan awam kita. Bidang penyelidikan tertumpu kepada hak-hak wanita Muslim dan pelbagai isu yang berkaitan dengan ummah masakini.

Penyelidikan yang sedang dijalankan:

Kesan Poligami keatas Institusi Keluarga
Pada tahun 2004, SIS telah memulakan satu kajian rintis di kawasan Lembah Klang sahaja. Kajian ini meninjau kesan-kesan poligami pada kewangan, sosial dan emosi satu-satu keluarga. Kakitangan SIS, ahli-ahli akademik dan aktivis-aktivis wanita telah membentuk satu pasukan kerja dan menemuramah dengan para suami, isteri pertama, isteri yang berikutnya dan anak-anak dari perkahwinan tersebut. Pasukan ini sedang menyediakan soalan-soalan untuk peringkat seterusnya iaitu penyelidikan di peringkat nasional.

Model Undang-undang Keluarga Islam
SIS sedang menyediakan satu draf Model Undang-undang Keluarga Islam berdasarkan rangkakerja kesaksamaan dan keadilan. Satu pasukan telah dibentuk yang terdiri daripada kakitangan SIS, ahli-ahli akademik dan aktivis-aktivis untuk mengumpulkan hujah untuk perubahan di empat peringkat - rangkakerja Islam, perlembagaan, prinsip-prinsip hak asasi peringkat nasional dan antarabangsa dan juga realiti sebenar kehidupan wanita Islam.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia