Lawati laman web bahasa Inggeris

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sukarelawan Bersama SIS

SIS berhasrat untuk membentuk satu kumpulan sukarelawan yang boleh membantu aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar waktu pejabat. Komitmen yang berterusan amatlah dihargai. Sila hubungi kami jika anda merasakan anda mampu dan ingin membantu kami dengan kerja-kerja berikut:

  • Jika anda seorang peguam yang terlatih (terutamanya peguam Shariah), anda boleh berkongsi kemahiran dengan memberi nasihat guaman, bantuan dan tawaran khidmat guaman percuma (jika boleh) kepada pelanggan kami

  • Jika anda ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi, bantuan anda pada majlis Hari Wanita Antarabangsa, 16 Days Activism Against Gender Violence dan lain-lain majlis yang disertai SIS amat dialu-alukan

  • Jika anda ingin membuat amal dan menambahkan ilmu, anda boleh membantu kerja-kerja di pusat sumber kami dengan menyusun keratan akhbar, mengkatalog dan menyusun bahan-bahan pusat sumber dan menolong dalam kerja-kerja am pentadbiran

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh membantu kerja SIS, sila hubungi kami di alamat di bawah:

Sisters In Islam
No. 7, Jalan 6/10,
46000 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: (603) 7785 6121 / 7784 2733 / 7784 4357
Fax: (603) 7785 8737
Email: sistersinislam@pd.jaring.my

 

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia