| |
|
Melalui Memorandum kami kepada Perdana Menteri, kami telah memberikan pandangan kami dari segi perundangan, sejarah-sosiologi dan kompilasi pembuktian yang mempamerkan ketidakadilan yang terdapat di negara Islam lain - yang telah terlebih dahulu melaksanakan hudud. Pandangan tersebut telah dibentangkan di Forum Wanita dan Cadangan Undang-Undang Jenayah Syariah (II) 1993 di Institute of Strategic and International Studies pada 10 November 1993. Kami juga telah mengendalikan bengkel bagi membincangkan aspek Cadangan Undang-Undang tersebut yang kami dapati telah prejudis terhadap wanita. Ia telah berlangsung di Universiti Malaya pada 4 Januari 1994. Terutamanya, kami telah amat terhutang kepada Keadilan Suci yang amat ternyata dari Quran. Keadilan Suci yang datangnya dari Allah saw adalah diselubungi oleh belas kasihan dan kasih sayang. Sesungguhnya, di setiap surah di dalam Kitab Suci (kecuali satu) adalah dibuka dengan "Dengan nama Allah: Maha Pengasih, Maha Penyayang. Walaupun kami tidak menyangkal saranan PAS bahawa hudud berasal dari Quran, kami sesungguhnya percaya bahawa hukuman berat yang bertujuan untuk mencegah itu, adalah aspek perintah yang patut didalami oleh setiap orang Islam. Tidakkah kita boleh menganggap memotong tangan pencuri sebagai satu metafor bagi Kebencian Allah saw terhadap kelakuan mencuri yang amat jijik itu? Berlainan dari keadilan ringkas yang terdapat di tradisi Yahudi, Quran tidak bersuara secara ekslusif mengenai "nyawa dibayar dengan nyawa" di dalam kes pembunuhan. Ia juga tidak menuruti "berpaling ke arah lain" dari tradisi Kristian. Malah Quran menyentuh kedua-dua isu tersebut dengan memberi penekanan kepada keadilan. Keadilan tersebut hanya boleh dicapai sekiranya kita berhati-hati dalam menimbang rasional yang termaktub di dalam setiap situasi dan melihatnya dengan penuh perasaan belas kasihan. Konsep Quran yang sejagat itu mengatasi konteks sejarahnya yang spesifik. Kami percaya bahawa manusia yang tidak dapat menjalari sejarah, kesan dari akibat penciptaan, menuntut garispanduan yang spesifik terhadap konteks wahyu. Memandangkan kepada penjelasan yang terang terhadap pengucapan secara literal, adalah tidak menghairankan apabila penyampaian yang lembut telah tidak diendahkan walaupun ia mengandungi kepentingan sejagat. Akibatnya Islam telah dipandang - oleh umat Islam dan penganut agama lain - sebagai keras dan agama yang menghukum dan mempunyai Tuhan dan Pencipta yang pendendam. Kami juga mahu menonjolkan pengulangan yang terdapat di dalam Quran iaitu "Allah tidak menindas" yang membuatkan ia mustahil bagi penyokongan apa-apa penindasan martabat manusia - walaupun terhadap pelaku penindasan. Dengan latarbelakang inilah kita patut memberi fokus terhadap harapan kita bagi bagi menjalankan dan memberi konteks kepada Al-Quran. Sesungguhnya dalam usaha kami untuk berbuat begini, kami telah dapati beberapa aspeks di Enakmen Syariah Kelantan yang telah bercanggah dari semangat dan maksud Quran. Kita boleh mengambil jenayah rogol sebagai contoh. Bagi membuktikan jenayah ini, seorang wanita harus membawa empat saksi lelaki Islam yang telah menyaksikan jenayah dengan mata mereka atau wanita tersebut boleh dituduh telah berzina. Melihat kepada syarat yang wajib dipenuhi oleh setiap wanita yang mahukan pembelaan, boleh dikatakan bahawa undang-undang ini tidak dapat melindungi wanita kerana rogol, seperti yang kita sedia maklum, tidak akan dilakukan di khalayak ramai (Bab Satu dan Empat membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam). Bagi tujuan ini, kami menegaskan bahawa walaupun Enakmen tersebut digubal dengan niat yang baik, ia boleh mengakibatkan efek yang buruk terhadap wanita Islam atau masyarakat walaupun ia tidak dijangka atau dimaksudkan. Selaras dengan itu, walaupun matlamat utama buku ini adalah mengenai Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan (II), kami juga merasakan bahawa adalah amat bermanfaat juga dengan memberi pemfokusan ini untuk turut menggalakkan masyarakat Islam melihat kesejagatan Quran bagi memberi pemahaman kepada tujuan sebenar di sebalik yang spesifik. Insha'Allah, kami berharap usaha ini dapat menonjolkan semangat dan tanggungjawab sosial, ekonomi, politik dan semangat, bukan sahaja bagi umat Islam tapi makhluk sejagat. |
Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |