Lawati laman web bahasa Inggeris
Terbitan baru

Baraza (Buletin)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Paradigma Baru Teologi Wanita
Kulit Nipis; 2005
Harga: RM5.00 / USD3.00
(Kehabisan stok; hanya terdapat di Pusat Sumber SIS)

Dalil-dalil agama sering digunakan untuk menolak kesaksamaan gender. Dalil-dalil agama juga dijadikan alasan untuk mpertahankan kedudukan (status quo) wanita. Bahkan dalil-dalil agama juga dijadikan rujukan bagi alasan pembahagian kerja berdasarkan jantina, seolah-olah kaum lelaki ditakdirkan bergiat di arena awam manakala kaum wanita di arena rumahtangga. Tanpa disedari, kefahaman agama yang sebegini lama telah melahirkan kesan seolah-olah wanita sememangnya tidak setaraf dengan lelaki.

Kedudukan status wanita yang rendah ini diperkuatkan dengan perkembangan berbagai konsep dan teori ilmu-ilmu sosial, seperti antropologi, sosiologi dan historiografi yang epistomologinya didasari oleh kefahaman keagamaan di dalam masyarakat yang bias gender. Maskulinisasi epistimologi ini bukan hanya melahirkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang sangat memihak kepada lelaki tetapi juga melahirkan kebudayaan dan peradaban yang penuh dengan diskriminasi gender.

Di sinilah pentingnya teori Max Weber yang menganggap persoalan teologi sebagai faktor utama yang harus diberi perhatian. Menurutnya, kelakuan masyarakat tidak boleh berubah tanpa mengubah sistem etikanya dan sistem etika tidak mungkin berubah tanpa meneliti sistem teologi masyarakat tersebut.

Selama ini wacana wanita tidak mengambil berat persoalan asas ini. Wacana wanita, termasuk wacana gender, lebih banyak menyoroti persoalan-persoalan yang lebih merupakan akibat dan kesan dan tidak menyoroti penyebab utama terjadinya perkara tersebut.

Daripada perspektif teologi terdapat empat perkara yang berpotensi menjadi faktor penting mempengaruhi pembentukan anggapan stereotaip terhadap wanita. Pertama, anggapan bahawa wanita tercipta hanya sebagai melengkapi hasrat dan keinginan Adam di syurga menjadikan wanita itu hanya sebagai pelengkap keinginan lelaki. Kedua, tempat di mana manusia pertama telah diciptakan iaitu syurga (yang berada di alam ghaib), telah melahirkan pelbagai mitos yang memperolokkan wanita. Ketiga, anggapan bahawa wanita dicipta daripada tulang rusuk Adam meletakkan kedudukan wanita lebih rendah daripada lelaki. Keempat, anggapan bahawa godaan wanitalah yang menyebabkan terkeluarnya Adam dari syurga ke bumi adalah satu drama kosmik. Cerita ini telah melahirkan konsep 'dosa warisan' yang dibebankan kepada wanita. Keempat-empat persoalan teologi ini melahirkan pandangan 'misoginis' yang merugikan wanita.

Tradisi pemahaman keagamaan seperti ini diturunkan kepada tradisi intelektual dunia Islam melalui perhubungan Islam dengan budaya Yunani, Hellenisme, Sasania-Parsi, Yahudi, Kristian dan juga warisan adat Jahiliyah yang dipengaruhi Majusi dan Zoroaster.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.25, Jalan 5/31, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia