Lawati laman web bahasa Inggeris
Terbitan baru

Baraza (Buletin)

 

 

 

 

 

 

 

Islam dan Poligami
Kulit Nipis; 24 mukasurat
Harga: RM5.00 / USD3.00
(Juga terdapat di dalam versi Bahasa Inggeris)

Buku kecil ini diolah dalam bentuk soalan dan jawapan untuk sebarang pertanyaan dan situasi berkenaan poligami.

“Saya tak tahu pun yang dia dah kahwin dengan wanita lain. Dia balik ke rumah pada satu hari dan beritahu saya yang dia sudah kahwin lagi, macam beritahu yang dia dah naik gaji. Saya tak penting ke? Anak yang saya sedang susui ini, tak penting ke?”
-Wanita berumur 28 tahun, ibu kepada 2 orang anak.

“Setiap kali kami bertengkar, dia selalu cakap, “Ingat tempat engkau. Aku boleh kahwin lagi, nanti kau tahulah padahnya. Kau boleh setuju atau hidup tanpa suami – engkau pilihlah”. Pilihan apakah ini?”
-Wanita berumur 35 tahun.

Pengenalan

Di Malaysia, sejak Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)1976 dikuatkuasakan pada tahun 1982, mengharamkan poligami di kalangan orang bukan Islam, poligami semakin dikaitkan dengan Islam.

Pada lewat 1970an dan awal 1980an, beberapa percubaan diambil untuk mengawal poligami di kalangan orang Islam. Namun, usaha ini tidak berapa berkesan. Paling menyedihkan adalah anggapan bahawa apa juga langkah yang diambil untuk membendung poligami dianggap tidak Islam kerana salah faham bahawa poligami adalah hak mutlak lelaki yang dijamin oleh Islam.

Sejak kurun kesembilan belas, beberapa cendiakawan Islam termasuk Sheikh Muhammad Abduh, Mufti Besar Mesir sehinggalah kematiannya pada tahun 1905, telah menyatakan bahawa poligami diterima dengan berat hati oleh Islam kerana keadaan sedia ada pada masa ayat berkaitan diturunkan. Begitu juga perhambaan diterima dengan berat hati oleh Islam dengan mengadakan prinsip yang boleh dijadikan panduan untuk menghapuskannya. Penekanan diberi kepada penjagaan hamba dan pembebasan hamba sebagai sifat yang terpuji.

Prinsip di dalam al-Qur’an mengenai poligami yang boleh dijadikan panduan boleh dilihat pertama sekali dengan menghadkan bilangan maksimum isteri kepada empat, selepas itu menekankan keadilan dan kesaksamaan terhadap semua isteri, dan akhir sekali dengan menyatakan bahawa keadilan dan kesaksamaan tersebut tidak mungkin dicapai.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia