Lawati laman web bahasa Inggeris
Terbitan baru

Baraza (Buletin)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adakah Lelaki Islam Dibenarkan Memukul Isterinya?
Kulit Nipis: (Julai 1991) 12 mukasurat

Harga: RM1.00 / USD0.50 (Juga terdapat di dalam versi Bahasa Inggeris)

Buku kecil ini diterbitkan sebagai salah-satu kempen kumpulan aktivis wanita bagi menyertakan wanita Islam sebagai mangsa di dalam Akta Keganasan Rumahtangga.

Ia berformat soal-jawab berkaitan dengan isu:

* Adakah Islam membenarkan suami untuk memukul atau menganiayai mental isterinya?
* Apakah yang ditafsirkan sebagai kezaliman ke atas isteri oleh Islam?
* Surah An-Nisa', 4:34 telah selalu digunakan sebagai alasan untuk memukul isteri. Apakah pengertian sebenar ayat ini?
* Bolehkah suami memukul isteri yang nushuz?
* Pernahkah Nabi Muhammad saw memukul atau berkelakuan kejam ke atas isteri-isterinya?
* Keluarga dan rakan-rakan sering menasihati wanita yang telah dipukul oleh suami agar bersabar dan berdoa untuk perubahan. Adakah suami akan berubah sekiranya isteri terus bersabar?
* Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri sekiranya suami memukul atau menganiayai mentalnya?
* Bolehkah isteri meninggalkan suami yang zalim?

Pengenalan

Penganiayaan terhadap isteri adalah amat berleluasa dan telah diakui sebagai masalah sosial yang serius di Malaysia. Ia mempengaruhi kesejahteraan, keselamatan fizikal dan kesihatan wanita, anak dan keluarga. Ramai mangsa penganiayaan memohon bantuan dari rakan-rakan, keluarga, kaunselor, persatuan wanita, rumah perlindungan, peguam dan Jabatan Agama.

Terdapat banyak pendapat mengenai apa yang telah diperkatakan al-Qur'an mengenai suami yang memukul isterinya. Buku kecil ini mengemukan pandangan dari perspektif Sisters in Islam yang berdasarkan al-Qur'an. Adalah diharapkan agar buku kecil ini akan memanfaatkan wanita dan lelaki Islam yang prihatin mengenai isu ini, iaitu bagi mereka yang terlibat secara langsung oleh penganiayaan terhadap isteri dan mereka yang boleh menghulurkan bantuan.

Nota: Perkataan nushuz adalah bagi kedua-dua wanita (An Nisa', 4:34) dan lelaki (An Nisa' 4:128). Syed Qutb menerusi bukunya 'The Shade of Qur'an menerangkan nushuz sebagai keadaan kucar-kacir diantara pasangan yang telah berkahwin.

"Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan paksaan dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata; Dan bergaullah dengan mereka dengan kebaikan dan kesaksamaan .. "
(An Nisa', 4:19)
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan (azwaj) dari jenismu sendiri (min anfus), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramurasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Al Rum, 30:21).
"Kaum lelaki adalah pemimpin (qawwamuna) ke atas kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan (faddala) sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka (untuk menanggung wanita). Maka wanita yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah lagi memelihara diri sebagaimana Allah telah memelihara (mereka). Wanita yang kamu khuatirkan nushuz maka nasihatilah mereka (pertama), pisahlah mereka dari tempat tidur, (dan akhirnya) pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya."
(An Nisa', 4:34)

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia