Al-Quran untuk Kaum Wanita
Kulit Nipis; 2005
Harga: RM10.00 / USD5.00 |
 |
Tafsiran Al-Qur'an masih sering kali dijadikan asas untuk menolak kesetaraan jender. Kitab-kitab tafsir dijadikan bahan rujukan dalam mempertahankan status quo, mengesahkan dan membenarkan pola hidup patriarki yang memberikan hak-hak istimewa kepada kaum lelaki dan mempunyai kecenderungan mengasingkan kaum wanita, melalui undang-undang. Tanggapan seperti ini wujud pada tahap subconscious atau separa sedar masyarakat dan membentuk etika yang tidak seimbang antara kedua-dua jenis hamba Allah tersebut.
|
Matlamat utama Al-Qur'an adalah untuk membebaskan manusia dari pelbagai bentuk anarki, ketidakseimbangan dan ketidakadilan. Al-Qur'an selalu menyerukan keadilan (An-Nahl - 16:90), keamanan dan ketenteraman (An-Nisa - 4:58), dan mengutamakan kebaikan dan mencegah kejahatan (Al 'Imran - 3:104). Ayat-ayat inilah yang dijadikan sebagai maqasid syari'ah (objektif-objektif utama syariat).
Jika ada tafsiran yang tidak selaras atau bertepatan dengan prinsip-prinsip keadilan dan hak-hak asasi manusia, maka tafsiran tersebut harus ditinjau semula. Allah SWT Maha Adil, maka tidak mungkin di dalam kitab suciNya terkandung sesuatu yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip tersebut.
|