Adakah Wanita Dan Lelaki Saksama Di sisi Allah?
Kulit Nipis: (Julai 1991); 12 mukasurat
Harga: RM1.00 / USD0.50 (Juga terdapat di dalam versi Bahasa Inggeris) |
 |
Di dalam format soal-jawab, buku kecil ini menjawab soalan yang sering diajukan mengenai kesaksamaan di antara wanita dan lelaki Islam. Soalan-soalan ini termasuk:
- Apakah masalah yang dihadapi mengenai tafsiran al-Qur'an mengenai kesaksamaan hak di antara lelaki dan wanita Islam?
- Surah An Nisa', 4:32 sering digunakan untuk merendahkan wanita di atas nama Islam. Bagaimanakah ayat ini harus difahami?
- Adakah surah lain di dalam al-Quran yang menyebut mengenai kesaksamaan dan kesamarataan di dalam perhubungan di antara wanita dan lelaki?
|
Pengenalan
Kebangkitan pengaruh Islam pada dua dekad ini telah mempengaruhi kehidupan orang-orang Islam di serata dunia. Ia telah menggalakan pembaharuan kepercayaan mengenai maksud sebenar Islam sebagai cara hidup yang komprehensif (al-din) di kalangan penganut Islam. Kami percaya bahawa sesungguhnya wanita dan lelaki yang membentuk sesuatu ummah, wajib untuk bekerjasama secara setaraf bagi mencapai niat yang mulia ini.
Kami amat prihatin mengenai beberapa sikap terhadap wanita yang menonjol di dalam dunia Islam dewasa ini. Pada permulaannya, Islam adalah agama yang berunsurkan kebebasan yang telah menaikkan taraf wanita dan memberi mereka hak yang dianggap sebagai satu revolusi 1400 tahun yang lalu. Meskipun dengan semangat permulaan ini, perlakuan umat Islam pada zaman ini sering menindas wanita dan tidak memperuntukkan kesamarataan dan darjat yang diberi oleh al-Qur'an.
Kajian kami menunjukkan bahawa tafsiran al-Qur'an yang menindas adalah berpunca dari amalan adat dan kepercayaan yang menganggap wanita sebagai berkedudukan dan bertaraf lebih rendah dari lelaki. Islam tidak menindas wanita, tetapi manusia dengan kelemahannya telah gagal untuk memahami niat Allah swt.
Ia adalah pengalaman yang amat memerdekakan bagi kami untuk kembali kepada al-Qur'an dan mengkaji ayat Allah swt dalam usaha kami untuk benar-benar memahami erti sebenarnya. Al-Qur'an mengajar "kasih-sayang dan belas-kasihan" (Al Rum, 30:21) di antara wanita dan lelaki, bahawa "lelaki dan wanita adalah seperti pakaian masing-masing" (Al Baqarah 2:187), bahawa "baik lelaki atau perempuan, kamu adalah sebahagian dari yang lain" (Al Imran, 3:195), dan bahawa "lelaki dan perempuan adalah pelindung bagi sebahagian yang lain" (Al Taubah, 9:71).
Semangat kesamarataan dan keadilan yang didesak oleh Islam inilah yang memandu usaha kami. Kami kini berhasrat untuk berkongsi hasil kajian kami bersama muslimah dan muslimin dengan harapan kita dapat bersama-sama membina dunia di mana kesamarataan dan keadilan mengatasi segalanya.
"Kaum lelaki adalah pemimpin (qawwamuna) ke atas kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan (faddala) sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka (untuk menanggung wanita). Maka wanita yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah lagi memelihara diri sebagaimana Allah telah memelihara (mereka). Wanita yang kamu khuatirkan nushuz maka nasihatilah mereka (pertama), pisahlah mereka dari tempat tidur, (dan akhirnya) pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
(Al Nisa', 4:34)
"Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan: Kamu adalah sebahagian yang lain. ..."
(Al Imran, 3:195) |
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan (azwaj) dari jenismu sendiri (min anfus), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(Al Rum, 30:21)
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu juga adalah pakaian bagi mereka…"
(Al Baqarah, 2:187)
|
|