Wanita Islam Dalam Keluarga dan Masyarakat
Kulit Nipis
Harga: RM5.00 / USD3.00 (Juga terdapat di dalam versi Bahasa Inggeris) |
 |
Buku kecil ini mengandungi intepretasi progresif daripada Professor Fathi Osman berkenaan surah-surah di dalam al-Quran mengenai wanita dan hak-hak mereka. Buku ini terbahagi kepada 23 topik, di antaranya:
* Setanding... dari Asal Lagi
* Kasih Sayang dan Perasaan Berlembut
* Perkahwinan
* Hak Janda Perempuan
* Monogami, Bukan Poligami
* Kesopanan, Bukan Pengasingan
* Tanggungjawab Tidak Meninggikan Darjat
|
Prolog: Berkembangnya Kesedaran
Memang tidak boleh dinafikan bahawa terdapat gambaran hubungan lelaki-wanita yang mengecewakan dalam masyarakat Islam hari ini, yang bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi, terdapat satu kebenaran positif yang juga wujud, iaitu kesedaran bahawa peranan wanita dalam masyarakat yang penting dan membina dapat memenuhi tanggungjawab Islam mereka, dan ini semakin diiktiraf oleh lelaki dan wanita Muslim.
Ajaran Tuhan yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan Sunnah, dan banyak yang baik dalam warisan intelek dan pengalaman kita, telah semakin mengilhamkan dan menerbitkan usaha-usaha baru yang mempertahankan hak-hak wanita Islam atas nama Allah dan ajaranNya.
Setiap hari, orang-orang Islam semakin menyedari perbezaan yang ada di antara ajaran Islam yang timbul dari kitab-kitab sucinya, yang tidak akan berubah sepanjang zaman, dan pemikiran serta amalan-amalan manusia yang dipengaruhi oleh persekitaran budaya dan sosial masyarakat-masyarakat Islam, yang lampau dan yang ada sekarang. Kemajuan konsep dan tabi’i dalam masyarakat-masyarakat Islam, yang nampaknya lebih berminat untuk mematuhi ajaran Tuhan dan mengenepikan adat resam manusia mengenai hubungan lelaki-wanita dalam keluarga dan masyarakat yang menyeleweng, semakin terserlah.
Pendidikan dan pekerjaan wanita di berbagai bidang telah membina keperibadian, keyakinan dan ikhtiar mereka. Kesedaran bahawa mereka ada hak dan tanggungjawab dalam Islam telah mengilham ramai di antara wanita Islam supaya lebih tekun mengerjakan ajaran Islam yang menyentuh keadilan, keamanan dan kesejahteraan. Wanita Islam lebih banyak dibantu oleh perkembangan zahir ini daripada hujah-hujah berunsur falsafah atau undang-undang. Lelaki Islam juga sedar bahawa perubahan sosial telah berlaku dan mereka semakin senang menangani perkembangan ini. Umat Islam tidak boleh membangunkan semula masyarakat mereka untuk berperanan di dalam dunia masakini, di mana suara mereka di dengar oleh semua insan, jika mereka terus menindas dan mengabaikan setengah dari umat mereka.
Bagaimanakah suara Islam mengenai keadilan Tuhan yang sejagat ingin didengar sementara keadilan yang sama tidak wujud atau tidak dipedulikan oleh orang Islam sendiri, dalam rumah dan masyarakat mereka? Kemajuan memang jelas dapat dilihat…. dan Insya Allah ianya akan berterusan dan menjadi semakin laju, memanfa’atkan terutamanya umat Islam, dan seterusnya memberi Islam penampilan yang menarik kepada seluruh dunia.
Latarbelakang Penulis
Fathi Osman ialah seorang sarjana Islam ternama. Beliau pernah mengajar di beberapa buah universiti di merata dunia, termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga pernah bertugas sebagai Profesor Melawat di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Selain dari sumbangannya kepada pemikiran Islam moden dalam Bahasa Arab, Dr. Fathi Osman pernah juga bekerja sebagai Ketua Pengarang majalah Islam antarabangsa, Arabia: The Islamic World Review dari 1981 hingga 1987.
Di antara penerbitan Inggeris beliau ialah Shari’a in Contemporary Society: The Dynamics of Change in the Islamic Law (Shari’a dalam Masyarakat Kontemporari: Dinamik Perubahan Undang-undang Islam), The Concept of the Qur’an: A Topical Reading of the Divine Message (Konsep Al-Qur’an: Tafsiran Semasa Perutusuan Ilahi), Jihad: A Legitimate Struggle for Human Rights (Jihad: Suatu Perjuangan untuk Hak-hak Asasi Manusia Yang Sah), In Fraternity: A Message to Muslims in America (Dalam Persaudaraan: Perutusan kepada Ummah di Amerika), (ditulis bersama) The Muslim World: Issues and Challenges (Dunia Islam: Isu dan Cabaran), dan Muslim Women in the Family and Society (Wanita Islam di dalam Keluarga dan Masyarakat). Beliau giat terlibat dalam dialog antara agama. Sekarang beliau adalah seorang sarjana tetap di Pusat Islam California Selatan.
|