Lawati laman web bahasa Inggeris
Terbitan baru

Baraza (Buletin)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terbitan

Buku Soalan & Jawapan

Adakah Lelaki Islam Dibenarkan Memukul Isterinya? (Juga terdapat dalam bahasa Inggeris)

  • Adakah Islam membenarkan suami untuk memukul atau menganiayai mental isterinya?
  • Apakah yang ditafsirkan sebagai kezaliman ke atas isteri oleh Islam?
  • Surah An-Nisa', 4:34 telah selalu digunakan sebagai alasan untuk memukul isteri. Apakah pengertian sebenar ayat ini?
  • Bolehkah suami memukul isteri yang nushuz?
  • Pernahkah Nabi Muhammad saw memukul atau berkelakuan kejam ke atas isteri-isterinya?
  • Keluarga dan rakan-rakan sering menasihati wanita yang telah dipukul oleh suami agar bersabar dan berdoa untuk perubahan. Adakah suami akan berubah sekiranya isteri terus bersabar?
  • Apakah yang perlu dilakukan oleh isteri sekiranya suami memukul atau menganiayai mentalnya?
  • Bolehkah isteri meninggalkan suami yang zalim?

Adakah Wanita Dan Lelaki Saksama Di sisi Allah? (Juga terdapat dalam bahasa Inggeris)

  • Apakah masalah yang dihadapi mengenai tafsiran al-Qur'an mengenai kesaksamaan hak di antara lelaki dan wanita Islam?
  • Surah An Nisa', 4:32 sering digunakan untuk merendahkan wanita di atas nama Islam. Bagaimanakah ayat ini harus difahami?
  • Adakah surah lain di dalam al-Quran yang menyebut mengenai kesaksamaan dan kesamarataan di dalam perhubungan di antara wanita dan lelaki

Islam dan Perancangan Keluarga (Juga terdapat dalam bahasa Inggeris)

  • Adakah terdapat ayat al-Qur'an yang mengharamkan perancangan keluarga?
  • Adakah terdapat apa-apa kaedah pencegahan kehamilan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad saw?
  • Adakah yang terkandung dalam pil kontraseptif?
  • Apakah hukum Islam bagi seseorang wanita Islam yang meninggal dunia sedangkan dia masih memakai Alat Dalam Rahim (IUD)?
  • Benarkah memakai kondom berdosa sebab air mani dibuang?
  • Mengapakah terdapat salah tanggapan bahawa Islam mengharamkan kontrasepsi?
  • Bolehkah kontrasepsi dianggap sebagai bertentangan dengan konsep takdir (qadar), bergantung kepada Allah swt (tawakkal) dan kepercayaan bahawa Allah swt akan menentukan segala rezeki kita?
  • Adakah wanita berhak membuat keputusan yang memanfaatkan diri dan keluarganya walaupun dia gagal mendapat persetujuan pasanganya, selepas mereka berunding?
  • Adakah terdapat fatwa mengenai kontrasepsi di Malaysia?

Islam dan Poligami ((Juga terdapat dalam bahasa Inggeris)

  • Adakah poligami satu sunnah menurut amalan Rasulullah SAW?
  • Mengapa poligami dibenarkan dikebanyakan negara Islam?
  • Benarkah bilangan wanita 14 kali ganda daripada bilangan lelaki di Malaysia?
  • Jika saya enggan membenarkan suami berkahwin lain, adakah saya nusyuz?
  • Adakah faktor kewangan menjadi penentu samada seorang lelaki boleh berkahwin lagi?
  • Bagaimana jika pasangan tidak mempunyai anak? Adakah perkahwinan poligami 'patut dan perlu'?

Hadith on Women in Marriage

Buku ini ditulis untuk menyediakan pembaca dengan pemahaman Hadis dan sejarahnya yang kompleks dan cara-cara untuk menentukan kesahihannya. Sisters in Islam berharap dengan pemahaman ini, orang Islam mampu menganalisa dan bertanya secara kritikal akan kesahihan satu-satu Hadis yang merendahkan taraf wanita tetapi diguna pakai secara meluas di dalam media massa, terbitan-terbitan dan ceramah-ceramah berkaitan wanita dalam Islam.

Siri Kertas Kerja

Women as Judges (Muatturun di sini)

Perlantikan wanita sebagai hakim mahkamah di kebanyakan negara Islam masih menjadi satu isu yang kontroversi berdasarkan kepada persepsi awam yang mengatakan perlantikan tersebut tidak selaras dengan Syariah. Terdapat dua sistem perundangan di Malaysia, iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dan kuasanya terikat kepada Undang-undang Keluarga Islam sahaja.

Selama lebih dari 20 tahun, wanita di Malaysia telah dilantik menjadi hakim di Mahkamah Sivil, dengan syarat hakim wanita di Mahkamah Tinggi hanya boleh mengendalikan kes-kes sivil biasa dan bukan kes-kes jenayah yang melibatkan hukuman mati ke atas pesalah. Akan tetapi, majistret dan hakim wanita di Mahkamah Rendah boleh mendengar kes-kes sivil dan jenayah juga kerana Mahkamah Rendah tidak mempunyai kuasa keatas hukuman mati. Sehingga kini, tidak ada wanita yang dilantik untuk menjadi hakim di Mahkamah Shariah.

Guardianship Law and Muslim Women

Buku kecil ini membincangkan permasalahan Undang-undang Penjagaan Anak dan Wanita Islam di Malaysia. Wanita Islam berterusan menghadapi masalah mendapatkan keadilan dalam perkara-perkara berkaitan hak-hak perkahwinan mereka. Kajian ini cuba untuk mengenalpasti dan memahami syarat-syarat bidang kuasa perundangan Islam berkaitan isu-isu penjagaan anak dengan mendalam; yang terkandung di dalam Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri di Malaysia.

Seminar/Bengkel

Islamic Family Law and Justice for Muslim Women

Sisters in Islam telah menganjurkan satu bengkel 'Regional Workshop on Islamic Family Law and Justice for Muslim Women' di Kuala Lumpur pada 8-10 Jun 2001. Bengkel ini memberi fokus kepada peruntukan-peruntukan yang mendiskriminasi wanita dan pelaksanaannya dalam Undang-undang Keluarga Islam, menekankan amalan-amalan terbaik dan membuat strategi untuk perubahan. Pengalaman-pengalaman dari negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina telah dibincangkan pada bengkel ini. Negara-negara seperti Mesir, Jordan, Iran, Maghribi dan Pakistan juga membantu menambahkan maklumat. Mereka yang menghadiri bengkel ini terdiri dari peguam-peguam Shar'ei, penggubal undang-undang dan aktivis-aktivis dari dalam dan luar negara.

Islam, Reproductive Health and Women's Rights (Hanya terdapat di perpustakaan SIS sahaja)

Hak-hak wanita Islam untuk mencapai satu darjah yang tinggi dalam kesihatan seksual dan reproduksi seperti membuat keputusan berkaitan perkahwinan, hak menjadi ibu, penggunaan alat mencegah kehamilan, pengguguran dan dorongan seksual yang bebas dari paksaan, diskriminasi dan keganasan seringkali dinafikan oleh kebanyakan orang. Perbincangan yang serius akan hak-hak ini masih kurang dan tidak dianalisa berdasarkan kepada konteks masa kini. Buku ini mengandungi siri kertas kerja yang dibentangkan pada bengkel 'Regional Workshop on Islam, Reproductive Health and Women's Rights' dianjurkan oleh Sisters in Islam pada tahun 1998, sebagai rujukan menjawab isu-isu yang mempunyai maklumat yang minimal.

Shari'a Law & the Modern Nation State

  • Bagaimana negara Islam harus ditadbir?
  • Bagaimana rakyat yang tinggal di zaman moden, berpegang kepada warisan agama dan mempunyai visi mewariskan kemajuan kepada generasi akan datang, membuat tafsiran perlunya kepada model zaman Madina?
  • Bagaimana hendak memahami konsep kesaksamaan, keadilan dan ketinggian politik satu-satu ummah?

Persoalan-persoalan ini telah menjadi fokus utama ornag Islam masa kini. Pada tahun 1992, SIS telah menganjurkan satu simposium ‘The Modern Nation State and Islam" di Kuala Lumpur untuk membincangkan persoalan ini. Buku ini adalah produk dari symposium tersebut.

Hudud in Malaysia: The Issues at Stake (Hanya terdapat di perpustakaan SIS sahaja)

Walaupun Undang-Undang Jenayah Syariah (II) hanyalah Enakmen, penguatkuasaannya hanyalah satu kemungkinan selama mana perlaksanaannya terus menjadi perbalahan di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, dan seterusnya membenarkan perbahasan mengenai samada hudud boleh digubal. Buku ini menyuarakan pendapat alternatif yang sahih bagi masakini. Walaupun begitu, intipatinya terus menjadi relevan walauapapun yang terjadi.

Kami, Sisters In Islam, penulis, editor dan penyusun buku ini, merasakan keperluan untuk menganjurkan pendapat alternatif bagi Enakmen tersebut yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada Nov 25, 1993.

Lain-lain

Wanita Islam Dalam Keluarga dan Masyarakat

Buku kecil ini mengandungi intepretasi progresif daripada Professor Fathi Osman berkenaan surah-surah di dalam al-Quran mengenai wanita dan hak-hak mereka. Buku ini terbahagi kepada 23 topik, di antaranya:

  • Setanding... dari Asal Lagi
  • Kasih Sayang dan Perasaan Berlembut
  • Perkahwinan
  • Hak Janda Perempuan
  • Monogami, Bukan Poligami
  • Kesopanan, Bukan Pengasingan
  • Tanggungjawab Tidak Meninggikan Darjat

Islam & Women's Reproductive Rights

Buku ini mengandungi perbincangan-perbincangan Masdar Mas'udi tentang wanita dan hak-hak reproduksi mereka:
Memahami Islam
Wanita dalam perbincangan Islam
Islam dan hak-hak reproduksi wanita
Memilih pasangan
Menikmati hubungan seksual
Mempunyai anak
Kekerapan mengandung
Menjaga anak-anak
Menceraikan pasangan
Keadilan

Al-Quran Untuk Kaum Wanita

Tafsiran Al-Qur'an masih sering kali dijadikan asas untuk menolak kesetaraan jender. Kitab-kitab tafsir dijadikan bahan rujukan dalam mempertahankan status quo, mengesahkan dan membenarkan pola hidup patriarki yang memberikan hak-hak istimewa kepada kaum lelaki dan mempunyai kecenderungan mengasingkan kaum wanita, melalui undang-undang. Tanggapan seperti ini wujud pada tahap subconscious atau separa sedar masyarakat dan membentuk etika yang tidak seimbang antara kedua-dua jenis hamba Allah tersebut.

Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama dan Gender

Kehidupan masyarakat kita pada masa ini adalah hasil dari sejarah panjang penguasaan lelaki ke atas perempuan dalam pelbagai sektor berdasarkan satu sistem yang pincang - iaitu satu sistem nilai di mana kaum lelaki ditempatkan sebagai lebih tinggi atau kuat berbanding dengan perempuan yang lemah. Selama berabad lamanya, sistem ini cukup sebati dan dianggap sebagai sesuatu yang semulajadi, bahkan oleh kaum perempuan sendiri. Tidak hairanlah keadaan ini diterima oleh masyarakat kerana ianya telah dibudayakan sedemikian rupa.

Kudrat Wanita Dalam Islam (Hanya terdapat di perpustakaan SIS sahaja)

Perkataan 'kudrat' adalah satu istilah yang sering digunakan untuk memperkecilkan peranan sosial wanita di dalam masyarakat. Perkataan 'kudrat' ini juga sering digunakan untuk menyarankan peranan wanita di sisi agama, agar ia dapat diterima dengan mudah. Istilah ini terus digunakan di dalam masyarakat sehingga kini. Kefahaman yang kurang jelas oleh masyarakat mengenai pengertian kudrat adalah menjadi faktor utama kekalnya budaya patriarki. Kecenderungan wanita untuk menganggap dirinya tidak setaraf dengan lelaki juga sedikit sebanyak adalah berpunca dari kefahaman kudrat yang seperti itu.

Paradigma Baru Teologi Wanita (Hanya terdapat di perpustakaan SIS sahaja)

Dalil-dalil agama sering digunakan untuk menolak kesaksamaan gender. Dalil-dalil agama juga dijadikan alasan untuk mpertahankan kedudukan (status quo) wanita. Bahkan dalil-dalil agama juga dijadikan rujukan bagi alasan pembahagian kerja berdasarkan jantina, seolah-olah kaum lelaki ditakdirkan bergiat di arena awam manakala kaum wanita di arena rumahtangga. Tanpa disedari, kefahaman agama yang sebegini lama telah melahirkan kesan seolah-olah wanita sememangnya tidak setaraf dengan lelaki.

Copyright 2007 - SIS Forum Malaysia, No.7, Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia