Topics / Issues

AdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisementAdvertisement
Home
Perbicaraan Tanpa Kehadiran Suami dalam Kes Cerai Taklik
Soalan :

Salam SIS, saya adalah seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang masih bersekolah. Saya telah memohon penceraian secara taklik di Mahkamah Syariah. Suami dengan sengaja telah meninggalkan saya tanpa memberi apa-apa nafkah dalam tempoh melebihi enam bulan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghubungi suami, namun tiada sebarang jawapan daripadanya. Pada hari perbicaraan, suami berkali-kali tidak hadir ke mahkamah. Bolehkah perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran suami. Apa yang perlu saya lakukan?

Kaseh Maisarah
Bandar Tun Razak Jawapan :

Adalah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk menegakkan keadilan dan menolak kezaliman. Mahkamah pula merupakan satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan hak-hak daripada dicabuli dengan memberikan keadilan kepada pihak yang terbabit. Kepentingan keputusan penghakiman yang adil telah ditegaskan dalam beberapa ayat Al-Quran , firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Nahl, ayat 90 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta zalim. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganya ini) supaya kamu mengambil peringatan untuk mematuhinya.”

Merujuk kepada persoalan puan, mahkamah ada memperuntukkan perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran suami atau defendan. Tetapi, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum tuntutan puan (plaintif) dalam perbicaraan tanpa kehadiran suami (defendan). Pihak plaintif mestilah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

a)    Membuktikan bahawa penyampaian saman kepada defendan telah disempurnakan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 121(1)(b), Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.
b)    Menyokong keterangan plaintif dengan keterangan saksi-saksi dan;
c)    Mengambil sumpah ishtizhar apabila diminta oleh mahkamah syariah.

Seperti yang dinyatakan di atas, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap saman dan penyataan tuntutan mestilah disampaikan kepada defendan atau wakilnya sebelum sesuatu perbicaraan. Syarat kedua iaitu tuntutan tersebut perlulah disokong oleh keterangan saksi-saksi. Manakala syarat ketiga seperti yang dinyatakan di atas, sumpah ishtizhar perlu diambil oleh plaintif dengan perintah mahkamah apabila defendan gagal menghadirkan diri untuk menjawab tuntutan plaintif terhadap dirinya. Apabila mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi, barulah tuntutan plaintif akan dituruti.

Apabila pihak defendan tidak dapat dikesan atau sengaja mengelakkan diri daripada menghadiri perbicaraan, mahkmah perlu menimbang kepentingan semua pihak untuk melindungi kepentingan isteri dan anak. Oleh itu, perbicaraan tanpa kehadiran defendan merupakan pengecualian kepada prinsip yang mengkehendaki mahkamah memutuskan sesuatu perbicaraan berdasarkan keterangan kedua-dua belah pihak. Merujuk seksyen 51 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998, mahkamah mempunyai bidangkuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap pihak yang sengaja tidak mengendahkan saman yang telah diserahkan.

Oleh yang demikian, puan perlu memastikan bahawa penyataan tuntutan dan saman telah diserahkan kepada suami. Seterusnya, puan perlu memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di atas telah dipenuhi.

Di harap penjelasan dan informasi yang diberikan dapat membantu puan dan suami. Untuk makluman lanjut puan boleh menghubungi secara terus melalui alamat dan website yang dinyatakan di bawah.



 
< Prev   Next >