Promoting an understanding of Islam that recognises the principles of
justice, equality, freedom, and dignity within a democratic nation state

Hudud Law: Understanding the gradualist approach of the Quran by Dr Nik Noriani
email to someone printer friendly

English

Qur'an's principles on revolutionary spirit of reform and pragmatism in taking the gradualist approach in past societies e.g:

1. It did not forbid slavery because slavery was common then, but commands kindness to slaves, and praised those who freed slaves, and it is now accepted and understood that its spirit and intention is to free slaves and abolish slavery.

2. It did not forbid polygamy since unlimited polygamy was practised then, but it limited polygamy and commands monogamy if there is fear of injustice to the wives, so it should be understood that its spirit and intention is monogamy.

3. It did not command equal inheritance for women since men often inherited everything then, but it commands at least a half share for women as "hudud" (the word hudud in the Qur'an is actually used in verses related to inheritance and family law) which should be understood as the minimum limits of female inheritance, therefore it is time for equal inheritance.

4. Severe physical punishments including amputations were also common in  past societies including in medieval Europe and often imposed on the poor and weak, therefore the Qur'an also imposed hudud (limits) on those punishments by imposing various conditions before they could be carried out, and emphasizing repentance and God's mercy. Societies today have prisons and other methods for punishment and rehabilitation.

Dr. Nik Noriani Nik Badli Shah [SIS Member]
LLB (Hons), University of Malaya (UM)
Master of Comparative Laws (MCL), International Islamic Univeristy Malaysia (IIUM)
PhD in Islamic and Other Civilizations, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), IIUM


Bahasa Malaysia

Mereka yang begitu ghairah hendak melaksanakan hukuman yang dikatakan hukum hudud Allah tidak memahami semangat reformasi yang revolusioner yang diperkenalkan melalui al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Namun, pembaharuan revolusioner yang diperkenalkan  pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan para Sahabat mengambil pendekatan pragmatik yang mengambil kira hal keadaan masyarakat pada zaman itu. Misalnya --


1. Al-Qur’an dan Sunnah tidak menghapuskan perhambaan kerana memiliki hamba abdi adalah amalan biasa pada zaman itu. Tetapi ajaran Islam menekankan layanan yang baik dan bertimbangrasa bagi hamba abdi, dan menggalakkan tuan punya hamba membebaskan hamba mereka. Kini, umat Islam sudah memahami semangat dan tujuan ajaran Islam untuk menghapuskan perhambaan.

2. Al-Qur’an dan Sunnah tidak menghapuskan poligami kerana amalan poligami tanpa had adalah amalan biasa pada zaman itu. Tetapi Surah an-Nisa’ 4 : 3 menghadkan bilangan isteri kepada empat orang, dan seterusnya menyatakan “jikalau khuatir tidak berlaku adil, kahwinlah seorang sahaja”. Beberapa tokoh terkemuka dalam sejarah umat Islam, misalnya Sheikh Muhammad ‘Abduh, Mufti Besar Mesir lebih seratus tahun yang lalu, memahami ayat ini sebagai menyarankan monogami sebagai perkahwinan ideal dalam Islam. Negara Tunisia telah sejak tahun 1956 melarang poligami dalam undang-undang keluarganya, atas tafsiran bahawa keadilan kepada lebih seorang isteri tidak lagi boleh diamalkan pada zaman sekarang ini.

3. Al-Qur’an tidak memerintahkan pembahagian harta pusaka yang samarata keapda waris lelaki dan perempuan, kerana pada zaman itu, waris lelaki sahaja yang biasanya mengambil semua harta pusaka, atau waris perempuan hanya diberi bahagian kecil mengikut belas kasihan atau suka hati waris lelaki. Tetapi al-Qur’an memastikan bahawa waris perempuan juga mestilah mendapat sebahagian harta pusaka, iaitu sekurang-kurangnya separuh bahagian harta pusaka waris lelaki. Kini terdapat hujah bahawa bahagian separuh itu hanyalah hak minimum, dan waris perempuan patutlah diberi bahagian samarata dalam hal keadaan zaman sekarang ini, di mana ramai wanita juga perlu memikul tangungjawab bersama.

4. Hukuman keras juga merupakan hukuman biasa pada zaman dahulu. Hukuman rejam sebenarnya tidak terdapat dalam kitab suci al-Qur’an tetapi terdapat dalam kitab Taurat. Hukuman seperti potong tangan dan potong kaki juga merupakan hukuman biasa pada zaman dahulu, termasuk di Eropah dalam zaman pertengahan. Hukuman yang keras dan kejam dalam masyarakat dahulu biasanya dikenakan ke atas mereka yang miskin dan lemah. Ajaran Islam mengenakan had-had (hudud)  ke atas hukuman keras dengan meletakkan berbagai syarat sebelum ia boleh dilaksanakan, dan menekankan keampunan Allah swt kepada mereka yang bertaubat. Masyarakat masakini mempunyai sistem penjara dan kaedah lain bagi hukuman dan pemulihan.

Copyright | Privacy Policy | Contact Us | Sitemap